Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 17 Air_Technizo Concept

iPhone 17 Air Dilapor Satu-Satunya Model Dengan Bingkai Titanium

Diterbitkan Julai 16, 2025 ยท Dikemas kini Julai 16, 2025 oleh Amalina Athman

iPhone 17 Air dikhabarkan akan hadir dengan bingkai titanium, menurut penganalisis Apple Jeff Pu.

Dalam nota pelabur bersama firma penyelidikan ekuiti GF Securities minggu ini, Pu berkata iPhone 17, iPhone 17 Pro, dan iPhone 17 Pro Max akan menggunakan bingkai aluminium. Ini menjadikan iPhone 17 Air satu-satunya model baharu yang dilengkapi dengan bahan premium seperti titanium.

Sebagai imbasan, Apple mula memperkenalkan kemasan titanium pada iPhone menerusi model iPhone 15 Pro pada tahun 2023. Ia bukan sahaja dikatakan lebih tahan lasak berbanding bingkai keluli tahan karat atau aluminium, malah turut memberi sentuhan rupa ‘matte’ yang premium.

Setakat ini, belum jelas mengapa iPhone 17 Air akan menggunakan bingkai titanium sedangkan model lain beralih semula kepada aluminium.

Namun begitu, titanium secara umumnya lebih kukuh berbanding aluminium. Ada kemungkinan Apple memilih bahan ini bagi memastikan rekaan nipis iPhone 17 Air kekal tahan lasak dan kukuh.

Jika laporan ini benar, pastinya Apple mempunyai alasan tersendiri di sebalik pemilihan titanium untuk iPhone 17 Air. Segala persoalan mungkin akan terjawab semasa acara pelancaran iPhone 17 yang dijangka berlangsung sekitar September ini.

Berkaitan

  • iPhone 17 Pro Dilapor Akan Hadir Dengan Binaan Aluminium
  • iPhone 17 Pro Mungkin Hadir Dengan Rekaan Berbeza
  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar
  • Tiada 'Sky Blue', Imej Tertiris Dedah Warna Baharu iPhone 17 Pro

Sumber: MacRumors

Gambar utama: konsep iPhone 17 Air//Technizo Concept

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY