Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Harga iphone 16 sewaktu pelancaran_2

Siri iPhone 16 Lebih Murah Berbanding iPhone 15

Diterbitkan September 10, 2024 oleh Amalina Athman

Seperti diketahui, Apple telah pun melancarkan siri iPhone 16. Namun, menariknya untuk siri kali ini, harga yang ditawarkan jauh lebih rendah berbanding harga jualan siri iPhone 15 sewaktu pelancarannya – walaupun hadir dengan sejumlah naik taraf, terutamanya bagi model standard.

Untuk pasaran Amerika Syarikat, harga iPhone 16 kekal sama seperti iPhone 15 –  bermula $799 untuk versi standard dan $999 bagi versi Pro.

Harga iphone 16 sewaktu pelancaran
harga sewaktu pelancaran
Harga iphone 15 sewaktu pelancaran
harga sewaktu pelancaran

Bagaimanapun, kejatuhan dolar AS dipercayai menjadi asbab harga jualan bagi siri iPhone 16 ditawarkan lebih murah di kebanyakan pasaran lain, termasuk Malaysia.

Sebagai contoh, iPhone 15 sebelum ini dilancarkan dengan harga dari RM4,399. Kini, iPhone 16 diletakkan pada harga bermula RM3,999, menyaksikan perbezaan sebanyak RM400.

Begitu juga bagi iPhone 16 Pro yang ditawarkan pada harga bermula RM4,999, berbanding iPhone 15 Pro dengan harga permulaan RM5,499.

iPhone 16 price_
iPhone 16 Pro price_

Secara keseluruhan, barisan iPhone 16 dilancarkan dengan harga sekitar RM400-RM500 lebih murah. Prapesan siri iPhone 16 akan dibuka pada 13 September 2024, jam 8.00 malam. Bagi mengetahui senarai penuh harga siri iPhone 16, teruskan bacaan selanjutnya di SINI.

Sementara itu, seiring pelancaran model baharu, iPhone 15 dan iPhone 15 Plus kini diturunkan harga dengan masing-masing bermula RM3,499 dan RM3,999.

Berkaitan

  • iPhone 16 Dan iPhone 16 Plus Rasmi - Cip A18, Butang Action, 'Camera Control'
  • iPhone 16 Pro Hadir Dalam Saiz Lebih Besar, 6.3 Inci Dan 6.9 Inci, Dikuasakan A18 Pro
  • Prapesan Mulai 13 September, Ini Senarai Penuh Harga Siri iPhone 16

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY