Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 17 Pro_Asherdipps

Gambar Terbaharu Ini Kuatkan Teori Rekaan iPhone 17

Diterbitkan Julai 29, 2025 oleh Amsyar Latif

Berbaki kurang dari dua bulan, Apple bakal melancarkan iPhone terbaru mereka menerusi siri iPhone 17.

Berdasarkan banyak khabar angin sejak awal 2025, tahun ini iPhone akan tampil ‘berwajah baharu’ di mana rekaannya berbeza berbanding model terdahulu.

Nampaknya, perkara tersebut mungkin benar. Ini kerana seorang pengguna X (@Skyfops) berkongsikan gambar yang mana dikatakan iPhone baharu sedang diuji.

Gambar Terbaharu Ini Kuatkan Teori Rekaan iPhone 17
Gambar Terbaharu Ini Kuatkan Teori Rekaan iPhone 17

Mengapa?

Pertama sekali, kedudukan flash dan LiDAR selari dengan imej komputer yang didedahkan. Kedua, peranti tersebut dipasang selongsong gelap berwarna hitam.

warna iphone 17 rumours

Buat anda yang tidak tahu, itu adalah kebiasaan bagi mana-mana jenama telefon pintar yang sedang menguji peranti apabila berada di luar.

Mark Gurman turut berkongsikan hantaran tersebut dan mengatakan ia nampak sahih.

https://x.com/markgurman/status/1949942039270797586

Pada pendapat saya, apa yang anda lihat berkaitan rekaan iPhone 17 itu adalah betul memandangkan beberapa minggu sahaja lagi kita akan masuk bulan September di mana acara Apple bakal berlangsung.

Agak mustahil untuk rekaannya tiba-tiba berubah kecuali Apple buat pengumuman mengejut “one more thing”.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Bukan Saja-Saja, Logo Apple Pada iPhone 17 Pro Mungkin Lebih Ke Bawah Sebab Ini
  • iPhone 17 Pro Mungkin Hadir Dengan Warna Inspirasi 'Liquid Glass'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY