Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 17 slim rumors_1

Hanya iPhone 17 Pro Max Dilaporkan Akan Dilengkapi Dengan 12GB RAM

Diterbitkan Ogos 29, 2024 · Dikemas kini Ogos 29, 2024 oleh ariff bukhari

Belum pun lagi iPhone 16 dilancarkan, kini sudah pun timbul ura-ura tentang iPhone 17 yang dijangka akan dilancarkan pada tahun 2025 hadapan.

Berdasarkan ura-ura oleh penganalisis iPhone terkenal, Ming-Chi Kuo, dia mendakwa bahawa siri iPhone 17 akan dimuatkan dengan RAM 12GB.

Walau bagaimanapun, kapasiti RAM itu hanya terhad kepada varian teratasnya, iaitu iPhone 17 Pro Max sahaja.

Jika ura-ura itu benar, bermakna ‌iPhone 17‌ Pro, ‌iPhone 17‌ dan iPhone 17 “Slim” serba baharu akan kekal dengan RAM 8GB yang dikhabar akan dimuatkan untuk keseluruhan barisan iPhone 16 tahun tahun ini.

Jumlah RAM dalam peranti Apple pada masa ini semakin penting, kerana Apple telah menetapkan bahawa 8GB RAM adalah minimum yang diperlukan untuk ciri kecerdasan buatannya, Apple Intelligence yang terdapat dalam iOS 18.

Bermakna hanya model iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max yang akan menyokongnya. Ini kerana, model iPhone 15 dan 15 Plus hanya dilengkapi 6GB RAM sahaja.

Sumber: Macrumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Ura-Ura: iPhone 17 Akan Dilengkapi Panel Anti-Pantulan Lebih Tahan Calar
  • iPhone 17 'Slim' Dijangka Tampil Dengan Posisi Kamera Berbeza
  • Bloomberg: iPhone 17 Mungkin Hadir Dengan Versi 'Air'
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY