Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 17 slim rumors_Apple Hub

iPhone 17 ‘Slim’ Dijangka Tampil Dengan Posisi Kamera Berbeza

Diterbitkan Mei 20, 2024 ยท Dikemas kini Mei 20, 2024 oleh Amalina Athman

Pelancaran siri iPhone 16 hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi, tetapi kini ura-ura mengenai siri iPhone 17 mula mencuri tumpuan.

Menurut laporan The Information, Apple sedang membangunkan model iPhone 17 ‘Slim’, dengan kamera belakang yang mungkin dipindahkan dari sudut kiri ke bahagian “tengah atas” peranti.

Berkaitan

  • Ura-Ura: iPhone 17 Akan Dilengkapi Panel Anti-Pantulan Lebih Tahan Calar
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sebagai contoh, Google Pixel 8 Pro merupakan antara telefon pintar Android yang mempunyai posisi kamera sedemikian.

Seperti iPhone X, peranti ini dijangka bakal menampilkan “major redesign“. Selain posisi kamera, ia termasuk rekaan lebih nipis, bingkai aluminium serta Dynamic Island lebih kecil.

Laporan turut mendakwa iPhone 17 ‘Slim’ boleh mempunyai tanda harga yang lebih tinggi daripada model Pro Max, berkemungkinan akan menjadi “iPhone Ultra” yang dikhabarkan selama beberapa tahun ini.

Sebagai sebahagian daripada rancangan ini, Apple juga dikatakan tidak merancang untuk mengeluarkan iPhone 17 Plus tahun depan, bermakna masih dikekalkan dengan empat model.

Dengan peralihan kamera ke bahagian tengah atas peranti, sudah tentunya bakal menjadi perubahan yang ketara. Tambahan pula, sistem kamera belakang iPhone telah diletakkan di sudut kiri peranti sejak ia dilancarkan pada 2007.

Walaupun begitu, perlu diingatkan bahawa sebarang perubahan boleh berlaku memandangkan Apple masih menguji berbilang reka bentuk untuk model iPhone baharu itu.

Sumber: The Information
Rujukan: MacRumors, 9to5Mac
Gambar utama: Apple Hub

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY