Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 17 Illustration_Apple Hub

Ura-Ura: iPhone 17 Akan Dilengkapi Panel Anti-Pantulan Lebih Tahan Calar

Diterbitkan Mac 19, 2024 ยท Dikemas kini Mac 19, 2024 oleh Amalina Athman

Model iPhone 17 tahun depan dilapor akan menampilkan skrin paparan anti-pantulan lebih tahan calar berbanding Ceramic Shield yang digunakan pada model iPhone 15 ketika ini.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023
  • Apple Dilapor 'Intai' Google Gemini Untuk Ciri AI Generatif iPhone

Melalui Weibo, peniris Instant Digital mendakwa bahawa kaca luaran pada iPhone 17 akan dilengkapi “super hard anti-reflective layer“ yang lebih tahan calar daripada apa yang disangka.

Tambahnya lagi, peralatan salutan baru sahaja diserahkan kepada rantaian bekalan China, bermakna ia tidak akan hadir untuk iPhone 16 tahun ini.

iPhone 17 info_1

Diperkenalkan sejak model iPhone 12, “Ceramic Shield” merupakan bahan kaca-seramik yang dibangunkan oleh Corning dengan kerjasama Apple. Menurut Apple, Ceramic Shield yang dimuatkan pada iPhone 15 adalah lebih tough berbanding mana-mana kaca telefon pintar.

Baru-baru ini, Samsung memperkenalkan Galaxy S24 Ultra yang menampilkan panel paparan Gorilla Glass Armor, juga dibangunkan oleh Corning. Menurut Corning, panel Armor mengurangkan pantulan sebanyak 75% berbanding permukaan kaca biasa, dan menawarkan 4x lebih tahan calar.

Tidak jelas sama ada Apple merancang untuk menggunakan Gorilla Glass Armor untuk iPhone 17, tetapi butirannya sepadan dengan dakwaan pembocor China itu. Corning juga boleh membekalkan Apple dengan teknologi yang setara, tetapi dijenamakan di bawah nama lain.

Sumber: Instant Digital, via MacRumors

Gambar utama: Apple Hub

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY