Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone Air_

Bloomberg: iPhone 17 Mungkin Hadir Dengan Versi ‘Air’

Diterbitkan Ogos 13, 2024 · Dikemas kini November 19, 2024 oleh Amalina Athman

Pelbagai spekulasi mengenai iPhone 17 “Slim” telah diperkatakan sejak beberapa bulan lalu, seperti rekaan yang dijangka lebih nipis, kamera tunggal dan sebagainya.

Terbaharu, laporan Mark Gurman dari Bloomberg mencadangkan model keempat iPhone 17 mungkin akan diletakkan sebagai iPhone versi “Air”.

Untuk rekod, barisan iPhone mempunyai tiga pilihan utama – iPhone standard, Pro dan Pro Max. Namun, Apple dilihat masih tercari-cari “model iPhone keempat” yang boleh menarik minat pengguna.

Pada tahun 2020, syarikat itu cuba melakukannya dengan melancarkan iPhone 12 mini, tetapi gagal. Apple kemudian menghentikan model iPhone mini dan menghasilkan iPhone 14 Plus, versi yang lebih besar daripada iPhone standard. Sama seperti mini, model Plus juga sebahagian besarnya gagal.

Untuk tahun depan, Gurman berkata Apple akan mengambil pendekatan baharu bagi model keempat ini. Syarikat itu mungkin menghasilkan iPhone 17 versi “Air”, dengan menawarkan reka bentuk jauh lebih nipis yang terletak di antara iPhone 17 dan iPhone 17 Pro.

Gurman membandingkan peranti itu dengan MacBook Air dari 2008, yang terletak di antara MacBook biasa dan MacBook Pro. Sekurang-kurangnya, beliau menjangkakan ‌iPhone‌ “Air” akan menjadi lebih popular daripada ‌iPhone‌ mini dan Plus untuk beberapa tahun kebelakangan ini.

Tambahnya lagi, model ini mungkin hanya menjadi satu langkah ke arah penawaran yang lebih baik – seperti menawarkan kuasa model Pro dalam reka bentuk lebih kecil. Walaupun begitu, beliau menjangkakan perkara itu mungkin tidak akan berlaku sebelum 2027.

Berkaitan

  • iPhone 17 'Slim' Dijangka Tampil Dengan Posisi Kamera Berbeza
  • Sekali Lagi, Semua Model iPhone 16 Dilapor Akan Guna Cip A18
  • Perubahan Dalaman iPhone 16 Dijangka Akan Tangani Isu 'Overheating'
  • Ura-Ura: iPhone 17 'Slim' Akan Dilengkapi Kamera Belakang Tunggal

Sumber: Bloomberg

Gambar utama: Apple Hub

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY