Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Halang Penyekat Iklan, YouTube Berdepan Tuduhan Mengintip

YouTube Kini Sasarkan Aplikasi ‘Ad Block’ Pihak Ketiga

Diterbitkan April 16, 2024 · Dikemas kini April 16, 2024 oleh Amalina Athman

Bagi mengukuhkan penguatkuasaan terhadap ad-blocker atau penyekat iklan, YouTube kini menyasarkan aplikasi pihak ketiga untuk peranti mudah alih.

Dalam kemas kini terbaru, YouTube memaklumkan bahawa pengguna yang mengakses video melalui aplikasi penyekat iklan pihak ketiga mungkin menghadapi isu buffering atau melihat mesej ralat berbunyi “Kandungan berikut tidak tersedia pada aplikasi ini”.

Berkaitan

  • Cara Mainkan YouTube Secara Latar Belakang Di Telefon Pintar Android
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan

Tahun lalu, YouTube telah melancarkan “usaha globalnya” untuk menggalakkan pengguna membenarkan iklan semasa menonton video atau sebaliknya melanggan YouTube Premium.

Ia juga mula melumpuhkan video untuk pengguna yang memasang extension penyekat iklan pada pelayar.

Tetapi kini, YouTube menekankan bahawa dasarnya tidak membenarkan aplikasi pihak ketiga mematikan iklan kerana menghalang pencipta kandungan di platform itu daripada diberi ganjaran untuk tontonan. Menurut YouTube,

We only allow third-party apps to use our API when they follow our API Services Terms of Service, and when we find an app that violates these terms, we will take appropriate action to protect our platform, creators, and viewers.

Bagi mengatasi masalah itu, YouTube sekali lagi mencadangkan agar pengguna mendaftar YouTube Premium jika inginkan tontonan tanpa iklan sepenuhnya.

Tindakan YouTube ini nampaknya menyasarkan penyekat iklan mudah alih seperti AdGuard, yang membolehkan pengguna membuka YouTube dalam aplikasi penyekat iklan tanpa gangguan.

Sumber: YouTube, via The Verge

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • DJI Perkenal Stesen Kuasa 2kWh Paling Kompak Di Malaysia Berharga RM6,509
  • TikTok Shop Kini Ada Aplikasi Berasingan - Mula Ditawarkan Di Malaysia
  • Epson Lancar Cobot, Robot Kolaboratif AX6 Untuk 'Cleanroom' Di Asia Tenggara
  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
  • Sony Bawa Kembali Reka Bentuk Ikonik Fon Kepala Walkman 1979 - Kini Dengan USB-C, Harga Dari RM259
  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
©2026 WISER.MY