Cara Mainkan YouTube Secara Latar Belakang Di Telefon Pintar Android

Jika di komputer, adalah biasa dan mudah untuk memainkan video di latar belakang sambil melakukan aktiviti lain, dengan adanya mod picture-in-picture.

Tetapi untuk di telefon pintar Android pula, jika anda menonton video YouTube di aplikasinya, ia secara automatik akan mengehntikan video dimainkan apabila anda menavigasi telefon pintar keluar dari aplikasinya.

Salah satu cara paling mudah bagi memainkan video YouTube secara latar belakang mahupun di depan skrin telefon pintar adalah dengan melanggan YouTube Premium.

Tetapi, jika anda mencari cara alternatif, anda boleh mencuba cara ini.

1. Buka aplikasi YouTube di telefon pintar Android anda, salin (copy) URL video tersebut.



2. Buka (sebarang) aplikasi pelayar dan tampal (paste) URL video tadi ke dalam bar alamat URL aplikasi pelayar tersebut.



3. Seterusnya, untuk dapat memainkan video di latar belakang, atau dengan skrin telefon pintar Android anda dimatikan, anda perlu menukar tapak web YouTube ke mod desktop.

Kapsyen: Tandakan pada kotak Desktop site.


4. Kemudian anda akan dapati antara muka laman YouTube di pelayar berubah sama sepertimana ia di komputer.



Jadi, kini anda bolehlah layan dengan mendengar audio YouTube walaupun anda keluar dari pelayar.



Cuma ia mungkin sedikit menjengkelkan kerana ia terhad kepada audio sahaja. Video tetap tidak dipaparkan. Jadi, sekadar untuk layan muzik bolehlah menggunakan cara ini.

Untuk akses sepenuhnya dan lebih mesra pengguna, adalah dicadangkan anda melanggan sahaja YouTube Premium yang berharga RM17.90/bulan (pelan individu) atau RM33.90/bulan (pelan keluarga).



{suggest}