Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sebilangan Pengguna Dah Boleh Cuba Main ‘Game’ Di YouTube

YouTube Mula Tegas Terhadap Pengguna ‘Extension’ Penyekat Iklan

Diterbitkan November 3, 2023 · Dikemas kini November 3, 2023 oleh ariff bukhari

YouTube kini mula bertindak tegas terhadap penonton yang memasang extension penyekat iklan dengan menghalang mereka daripada mengakses platform video itu.

Penonton akan menerima amaran berulang kali bahawa YouTube tidak membenarkan penyekat iklan sebelum ia memotong mereka daripada akses kepada video.

YouTube adBlock

YouTube menerusi laman sokongan Google menyatakan, “Apabila anda menyekat iklan YouTube, anda melanggar Syarat Perkhidmatan YouTube. Jika anda menggunakan penyekat iklan, kami akan meminta anda membenarkan iklan di YouTube atau mendaftar untuk YouTube Premium. Jika anda terus menggunakan penyekat iklan, kami mungkin menyekat main balik video anda. Untuk mengelakkan gangguan, benarkan iklan di YouTube atau daftar untuk YouTube Premium.”

Sehubungan itu, Google memberikan panduan khusus kepada 3 extension penyekat iklan YouTube untuk pengguna membenarkan iklan dipaparkan iaitu ABlock, Adblock Plus dan uBlock Origin.

Screen Shot 2023-11-03 at 10.08.29 PM

YouTube Premium boleh dilanggan pada harga RM17.90 sebulan dan boleh ditamatkan pada bila-bila masa untuk anda yang mahukan pengalaman menonton video YouTibe tanpa iklan.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • Didakwa Guna Teknologi Video Mereka Secara Percuma, Nokia Saman Amazon

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY