Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Had Pengecualian AFA Dalam Bil Elektrik Dinaikkan Kepada 800 kWj Hingga Akhir Tahun – PM Anwar

Had Pengecualian AFA Dalam Bil Elektrik Dinaikkan Kepada 800 kWj Hingga Akhir Tahun – PM Anwar

Diterbitkan September 18, 2026 ยท Dikemas kini September 18, 2026 oleh Amalina Athman

Kerajaan kini menaikkan had perlindungan bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800kWj sebulan, berkuat kuasa untuk penggunaan elektrik dari September hingga 31 Disember 2026.

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu diputuskan sebagai tindakan segera bagi membantu menangani tekanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat.

Menerusi perubahan tersebut, pengguna domestik dengan penggunaan elektrik sehingga 800kWj sebulan akan menerima perlindungan melalui pengecualian Pelarasan Kos Bahan Api Automatik (AFA), Caj Peruncitan serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Mengulas lanjut, beliau berkata keadaan jerebu serta cuaca yang lebih panas sejak kebelakangan ini telah mendorong peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan sebahagian isi rumah, menyebabkan penggunaan bulanan melepasi paras 600kWj.

Had Pengecualian AFA Dalam Bil Elektrik Dinaikkan Kepada 800 kWj Hingga Akhir Tahun – PM Anwar
Foto: TNB

Perkembangan terbaharu ini hadir beberapa hari selepas TNB memberi penjelasan mengenai AFA susulan kebimbangan pengguna terhadap bil elektrik. Menurut TNB, AFA bukan caj tambahan baharu, sebaliknya merupakan mekanisme dua hala yang melaraskan perubahan kos bahan api dan kadar tukaran asing. Apabila kos menurun, pengguna boleh menerima rebat, manakala peningkatan kos pula boleh menyebabkan surcaj dikenakan.

Dalam pada itu, Anwar turut memaklumkan kerajaan juga akan terus memantau perkembangan kos bahan api dan keadaan pasaran tenaga semasa bagi memastikan keputusan berkaitan tarif elektrik mengambil kira kemampuan rakyat, keterjaminan bekalan elektrik serta kemampanan sektor tenaga negara

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Bil Elektrik Naik? Ini Yang Perlu Difahami Mengenai Struktur Tarif TNB
  • TNB Beri Penjelasan Mengenai AFA Dalam Bil Elektrik, Bukan Caj Tambahan Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY