Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GTA 6_Rockstar

GTA 6 Tak Dilancarkan Serentak Seluruh Dunia, New Zealand Jadi Yang Terawal

Diterbitkan September 8, 2026 oleh Amalina Athman

Grand Theft Auto VI (GTA 6) nampaknya tidak akan dibuka kepada semua pemain di seluruh dunia pada satu waktu yang sama.

Seperti mula dilaporkan oleh GTAVice, maklumat yang kini dipaparkan di PlayStation Store bagi beberapa rantau menunjukkan versi digital GTA 6 di PS5 akan tersedia apabila waktu tempatan di setiap rantau memasuki 12:00 tengah malam, 19 November 2026. Ini bermakna pemain di negara dengan zon waktu lebih awal akan mendapat akses terlebih dahulu berbanding rantau lain.

Sebagai contoh, New Zealand menjadi rantau terawal menerima akses, dengan GTA 6 dijadualkan tersedia pada 12:00 tengah malam, 19 November waktu tempatan, bersamaan 7:00 malam, 18 November waktu Malaysia.

Pelancarannya kemudian diikuti Australia, Jepun, China, Korea Selatan, Malaysia, Thailand, Indonesia dan negara-negara lain apabila waktu tempatan masing-masing memasuki 19 November. Sementara itu, Amerika Syarikat dan Mexico pula antara negara yang menerima akses lebih lewat.

GTA6 New Zealand_1
New Zealand
GTA6 Australia_1
Australia
GTA6 Japan_1
Jepun
GTA6 Malaysia_1
Malaysia
GTA6 Indonesia_1
Indonesia
GTA6 US_1
Amerika Syarikat
GTA6 Mexico_1
Mexico

Corak ini selari dengan pendekatan Rockstar ketika prapesan GTA 6 dibuka pada 25 Jun lalu. Rockstar secara rasmi menetapkan prapesan bermula pada 12:00 tengah malam waktu tempatan di setiap rantau, bukannya pada satu waktu global yang sama.

Bagi pemain Xbox Series X|S, menukar lokasi konsol kepada New Zealand berpotensi memberikan akses lebih awal apabila GTA 6 mula tersedia di rantau tersebut.

Situasinya berbeza di PS5. Kaedah ini tidak berfungsi pada konsol berkenaan, tetapi menurut IGN, pemain secara teknikal masih boleh mendapatkan akses lebih awal dengan menggunakan akaun PlayStation New Zealand yang berasingan serta kad hadiah New Zealand untuk membuat pembelian.

Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi daripada Rockstar mengenai jadual pelancaran penuh bagi setiap platform dan rantau.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Pra-Tempah GTA 6 Bermula Tengah Malam Ini – Versi Fizikal Hanya Guna Kod Muat Turun
  • Selepas Insiden Kebocoran, Pratonton 26 Minit GTA 6 Kini Ditayangkan Di Netflix 
  • Sony Perlihat Pandangan Pertama Alat Kawalan DualSense GTA 6 Edisi Terhad

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY