Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Grok 3

Grok 3 Kini Tersedia Untuk Semua Pengguna Secara Percuma

Diterbitkan Februari 20, 2025 · Dikemas kini Februari 20, 2025 oleh Amsyar Latif

Beberapa hari yang lalu, xAI milik Elon Musk telah melancarkan model kecerdasan buatan (AI) terbarunya, Grok 3, yang dikatakan mampu menandingi pesaing seperti OpenAI dan DeepSeek dari China.

Dua model dalam keluarga baru Grok 3, iaitu Grok 3 Reasoning dan Grok 3 mini Reasoning, mampu berfikir secara teliti untuk menyelesaikan masalah – mirip dengan model penaakulan seperti o3-mini dari OpenAI dan R1 dari syarikat AI China DeepSeek.

Sebelum ini, model tersebut terhad untuk pelanggan Premium+ di X sahaja. Kini, ia diperluaskan untuk semua pengguna secara percuma. Namun, tidak pasti sampai bila ia akan sentiasa percuma.

https://x.com/xai/status/1892400129719611567

Walau bagaimanapun, setiap perkhidmatan berbayar pasti ada kelebihannya. Ini kerana, pelanggan X Premium+ dan SuperGrok mempunyai had yang lebih tinggi untuk Grok 3 dan juga akses awal kepada ciri baharu akan datang seperti ‘voice mode’.

Bagi pengguna iOS, anda juga boleh mengakses Grok melalui aplikasi Grok – AI Assistant. Setakat artikel ini ditulis, ia tersenarai dalam tiga aplikasi produktiviti paling popular, di belakang ChatGPT dan DeepSeek.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Gemini 2.0 Flash Thinking Kini Percuma Untuk Semua, Ini Yang Baharu
  • OpenAI Bakal Lancar GPT-5 Dengan Integrasi Model o3, Percuma Untuk Semua Pengguna
  • xAI Milik Elon Musk Lancar Grok 3 – Ini Yang Perlu Diketahui

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
©2026 WISER.MY