Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gemini flash thinking experimental

Gemini 2.0 Flash Thinking Kini Percuma Untuk Semua, Ini Yang Baharu

Diterbitkan Februari 6, 2025 · Dikemas kini Februari 6, 2025 oleh Amalina Athman

Bermula hari ini, semua pengguna aplikasi Gemini boleh mencuba model 2.0 Flash Thinking Experimental – tanpa kos tambahan.

Dibina berdasarkan kepantasan dan prestasi Gemini 2.0 Flash, model ini dilatih untuk menghuraikan setiap arahan kepada beberapa langkah bagi meningkatkan keupayaan penaakulan dan memberikan jawapan yang lebih baik.

Ia memaparkan proses penaakulan yang membolehkan pengguna melihat sebab di sebalik setiap jawapan, anggapan yang digunakan serta menjejak aliran penaakulan model tersebut.

Introducing: 2.0 Flash Thinking Experimental.

Currently ranked the world’s best model by @lmarena_ai (check out the leaderboard here: https://t.co/t3QkofGKOz!), 2.0 Flash Thinking Experimental is now available at no cost. Built on the speed and performance of 2.0 Flash, this… pic.twitter.com/oHPhoTaJ1G

— Google Gemini App (@GeminiApp) February 5, 2025

2.0 Flash Thinking tersedia dalam pilihan model pada aplikasi mudah alih dan web Gemini, bersama satu lagi versi yang boleh berinteraksi dengan aplikasi seperti YouTube, Search dan Google Maps.

gemini flash thinking experimental_4

Versi eksperimen Gemini 2.0 Pro juga kini tersedia, dan Google menyatakan bahawa ia adalah model terbaik setakat ini untuk prestasi pengekodan dan tugasan kompleks. Gemini 2.0 Pro boleh didapati di Google AI Studio, Vertex AI, dan aplikasi Gemini untuk pelanggan Gemini Advanced.

Gemini 2.0 Flash Thinking Kini Percuma Untuk Semua, Ini Yang Baharu
gemini flash thinking experimental_3

Akhir sekali, Google melengkapkan kemas kini ini dengan pengenalan model baharu lebih mampu milik, iaitu 2.0 Flash-Lite, yang menurut syarikat itu setara dengan 1.5 Flash dari segi kelajuan dan harga, tetapi mempunyai keupayaan mengatasi model tersebut pada kebanyakan penanda aras.

Gemini 2.0 Flash-Lite turut dilancarkan dalam pratonton awam di Google AI Studio dan Vertex AI.

Perlu diingatkan, semua model eksperimen ini bertujuan untuk memberikan pratonton awal dan mungkin menunjukkan tingkah laku yang tidak dijangka serta boleh membuat kesilapan.

Selain itu, model-model ini tidak akan mempunyai akses kepada maklumat masa nyata dan tidak akan serasi dengan beberapa ciri Gemini dalam keadaan eksperimen ini.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Google Gemini 2.0 Rasmi, Model AI Lebih Pintar Dan Lebih Pantas
  • Samsung Galaxy S25 Perkenal Cara Baru Mengakses Gemini
  • Gemini 2.0 Flash Versi Stabil Kini Boleh Diakses Pengguna

Sumber: Google (1, 2)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY