Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

OpenAI o3-mini Kini Boleh Diakses Semua Pengguna ChatGPT

Posted on Februari 3, 2025Februari 3, 2025

OpenAI kini melancarkan o3-mini, model penaakulan (reasoning) baharu yang lebih menjimatkan kos dan tersedia untuk platform ChatGPT serta API.

Diumumkan pada Disember 2024, o3-mini direka untuk menyaingi prestasi model o1 dalam pengiraan, pengekodan dan sains, sambil memberikan respons lebih pantas berbanding model penaakulan sedia ada.

OpenAI mengatakan bahawa o3-mini mempunyai keupayaan respons 24% lebih pantas daripada o1-mini, dengan purata respons adalah 7.7 saat berbanding 10.16 saat. Sama seperti o1-mini, model terbaru ini juga akan menunjukkan cara jawapan diperoleh, dan bukannya sekadar memberikan respons sahaja.

Perbandingan kependaman (latency) antara o1-mini dan o3-mini (sederhana)

Dari segi ketersediaan, semua pengguna berbayar boleh memilih “o3-mini-high” dalam pemilih model, yang menawarkan versi kecerdasan lebih tinggi dan memerlukan sedikit lebih masa untuk menjana respons.

Pengguna Pro juga akan mendapat akses tanpa had kepada kedua-dua model o3-mini dan o3-mini high.

Menariknya, untuk pertama kali model penaakulan OpenAI tersedia kepada pengguna percuma dalam ChatGPT. Pengguna percuma boleh mencuba model o3-mini dengan klik butang “Reason” pada bar sembang, dengan had kadar penggunaannya adalah sama seperti GPT-4o.

Free users can now try OpenAI o3-mini in ChatGPT by selecting the Reason button under the message composer. https://t.co/Ws5rXqnKep pic.twitter.com/vT2snEUbzH

— OpenAI (@OpenAI) January 31, 2025

{suggest}

Sumber: OpenAI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress