Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xAI Milik Elon Musk Lancar Grok 3 – Ini Yang Perlu Diketahui

xAI Milik Elon Musk Lancar Grok 3 – Ini Yang Perlu Diketahui

Diterbitkan Februari 18, 2025 · Dikemas kini Februari 19, 2025 oleh Amalina Athman

xAI milik Elon Musk hari ini melancarkan model kecerdasan buatan (AI) terbarunya, Grok 3, yang dikatakan mampu menandingi pesaing seperti OpenAI dan DeepSeek dari China.

Kenyataan ini berdasarkan ujian awal yang merangkumi penilaian piawai dalam matematik, sains, dan pengaturcaraan.

xAI Milik Elon Musk Lancar Grok 3 – Ini Yang Perlu Diketahui

xAI menggunakan pusat data berskala besar di Memphis yang dilengkapi sekitar 200,000 unit GPU untuk melatih model Grok 3. Dalam hantaran di platform X sebelum ini, Musk berkata Grok dibangunkan dengan kuasa pemprosesan 10 kali ganda lebih tinggi berbanding pendahulunya, Grok 2.

Model Grok 3, Deep Search

xAI Milik Elon Musk Lancar Grok 3 – Ini Yang Perlu Diketahui

Grok 3 merupakan satu keluarga model. Versi lebih kecilnya, Grok 3 mini, memberikan respons yang lebih pantas untuk soalan-soalan, walaupun mungkin kurang tepat berbanding model lebih besar.

xAI mendakwa Grok 3 mengatasi GPT-4o dalam ujian-ujian tertentu, termasuk AIME 2024 (yang menilai prestasi model dalam soalan matematik) dan GPQA yang menguji model menggunakan soalan sains peringkat PhD dalam bidang fizik, biologi, dan kimia.

xAI Milik Elon Musk Lancar Grok 3 – Ini Yang Perlu Diketahui
xAI Milik Elon Musk Lancar Grok 3 – Ini Yang Perlu Diketahui

Versi awal Grok 3 juga mencatatkan keputusan yang kompetitif dalam Chatbot Arena, sebuah ujian sumber terbuka yang membandingkan model-model AI antara satu sama lain, di mana pengguna mengundi respons yang mereka suka, menurut xAI.

Dua model dalam keluarga baru Grok 3, iaitu Grok 3 Reasoning dan Grok 3 mini Reasoning, mampu berfikir secara teliti untuk menyelesaikan masalah – mirip dengan model penaakulan seperti o3-mini dari OpenAI dan R1 dari syarikat AI China DeepSeek.

xAI Milik Elon Musk Lancar Grok 3 – Ini Yang Perlu Diketahui

xAI berkata Grok 3 Reasoning mengatasi versi terbaik o3-mini – o3-mini-high, dalam beberapa ujian popular, termasuk ujian matematik terbaru yang dikenali sebagai AIME 2025.

xAI Milik Elon Musk Lancar Grok 3 – Ini Yang Perlu Diketahui

Selain Grok 3, pasukan xAI turut memperkenalkan “Deep Search”, yang dijangka menjadi enjin carian generasi baharu.

Dalam sekitar seminggu dari sekarang, Musk berkata aplikasi Grok akan mendapat ciri mod suara, yang membolehkan pengguna berinteraksi melalui perbualan .

xAI Milik Elon Musk Lancar Grok 3 – Ini Yang Perlu Diketahui

Ketersediaan

xAI Milik Elon Musk Lancar Grok 3 – Ini Yang Perlu Diketahui
xAI Milik Elon Musk Lancar Grok 3 – Ini Yang Perlu Diketahui

Grok 3 boleh diakses melalui aplikasi Grok iOS untuk semua pelanggan Premium+ di X. Akan datang, terdapat juga pelan langganan SuperGrok berharga $30/bulan yang menawarkan keupayaan lebih canggih, had penjanaan imej yang lebih tinggi, akses awal kepada ciri-ciri baharu serta lain-lain.

“Kami ingin tekankan bahawa ini adalah versi beta, jadi anda mungkin akan menemui beberapa kekurangan pada peringkat awal. Namun, kami akan memperbaikinya dengan pantas, hampir setiap hari,” kata Musk.

Di sisi yang lain, pengguna percuma juga boleh mengakses Grok 2 melalui grok.com.

Berkaitan

  • Elon Musk Perkenal AI Bernama 'Grok', Khas Untuk Pelanggan X
  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Gemini 2.0 Flash Thinking Kini Percuma Untuk Semua, Ini Yang Baharu
  • OpenAI Bakal Lancar GPT-5 Dengan Integrasi Model o3, Percuma Untuk Semua Pengguna

Sumber: xAI

Rujukan: TechCrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY