Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2026-05-20 at 2.26.47 PM

Google Search Kini Dijana Gemini 3.5 Flash Bersama Sokongan Agen AI Dan Aplikasi Mini

Diterbitkan Mei 20, 2026 oleh Amsyar Latif

Google kini mengumumkan transformasi terbesar buat enjin cariannya di acara I/O menerusi integrasi model AI Gemini 3.5 Flash sebagai model lalai dalam AI Mode secara global. Langkah ini turut membawakan kotak carian pintar baharu yang direka semula sepenuhnya menggunakan kecerdasan buatan.

Screenshot 2026-05-20 at 2.31.02 PM

Kotak carian ini mampu berkembang secara dinamik untuk menerima pelbagai format input seperti teks, imej, video, fail, dan tab Google Chrome, sekali gus memberikan ruang kepada pengguna menyatakan pertanyaan yang kompleks dengan lebih mudah.

Screenshot 2026-05-20 at 2.34.41 PM

Satu lagi pembaharuan utama ialah pengenalan ‘Search Agents’ yang membolehkan pengguna mencipta agen AI peribadi untuk menjalankan tugasan secara automatik 24 jam sehari. Agen maklumat ini akan mengimbas seluruh internet dan data masa nyata untuk memantau perubahan spesifik seperti menjejak iklan rumah sewa yang menepati kriteria pengguna atau memberi notifikasi pelancaran produk edisi terhad.

Ciri ini akan mula dilepaskan kepada pelanggan Google AI Pro dan Ultra pada musim panas ini.

Screenshot 2026-05-20 at 2.35.28 PM

Google turut menyepadukan teknologi Google Antigravity yang membolehkan enjin carian melakukan pengekodan secara masa nyata untuk membina UI generatif tersuai seperti graf, simulasi visual, atau aplikasi mini (papan pemuka dan penjejak peribadi) mengikut keperluan tugasan pengguna.

Akhir sekali, fungsi Personal Intelligence kini diperluas ke hampir 200 buah negara dalam 98 bahasa secara percuma. Pengguna boleh menyambungkan aplikasi seperti Gmail, Google Photos, dan Google Calendar secara selamat untuk membolehkan Google Search memberikan jawapan berdasarkan konteks peribadi.

Google menegaskan bahawa keselamatan data adalah keutamaan, di mana pengguna memegang kawalan penuh sama ada ingin menyambungkan aplikasi tersebut atau sebaliknya.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Google AI Pro Kini Sertakan YouTube Premium Lite Tanpa Caj Tambahan
  • Google AI Ultra Ditawarkan Dalam Dua Versi, Pelan Sedia Ada Kini Lebih Murah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY