Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google AI Pro Kini Sertakan YouTube Premium Lite Tanpa Caj Tambahan

Google AI Ultra Ditawarkan Dalam Dua Versi, Pelan Sedia Ada Kini Lebih Murah

Diterbitkan Mei 20, 2026 · Dikemas kini Mei 20, 2026 oleh Amalina Athman

Google kini memperkenalkan pelan Google AI Ultra baharu yang berharga RM429.99 sebulan, sekali gus memberikan pengguna dua pilihan dalam pelan yang sama.

harga Google AI Ultra Malaysia

Menariknya, Google turut mengumumkan penurunan harga bagi pelan AI Ultra sedia ada (tahap tertinggi) daripada RM1,229.90 kepada RM979.90 sebulan tanpa sebarang pengurangan ciri.

Melalui pelan baharu RM429.99 sebulan, pengguna akan menerima:

  • Had Penggunaan Tinggi: Akses sehingga 5 kali lebih tinggi dalam aplikasi Gemini dan Google Antigravity berbanding pelan Pro. (Pelan tertinggi mengekalkan had sehingga 20 kali lebih tinggi).
  • Integrasi Gemini 3.5 Flash: Direka khas untuk mempercepatkan proses ujian, pembaikan kod, dan iterasi kerja tanpa gangguan.
  • Akses Google Antigravity: Akses keutamaan ke platform pembangunan berasaskan agen untuk membina aplikasi dan alatan dengan lebih mudah.
  • Storan Awan 20TB: Ruang yang luas untuk menyimpan data besar, projek kod, dan aset media.
  • YouTube Premium individu.

Selain pelancaran pelan baharu dan pelarasan harga, Google turut memperluaskan akses kepada beberapa ciri AI dan model terbaharu mereka. Antaranya termasuk Gemini Spark (untuk pasaran AS sahaja) dan Project Genie khusus untuk pelanggan pelan AI Ultra tahap tertinggi secara global.

harga Google AI Ultra Malaysia_3

Sementara itu, pengguna global bagi langganan AI Plus, Pro, dan Ultra kini sudah boleh mengakses Gemini Omni yang menyokong penjanaan kandungan merentasi teks, imej, dan video, serta model Gemini 3.5 Flash.

Berkaitan

  • Google AI Ultra Kini Di Malaysia - RM1,229.90 Sebulan, Diskaun 50% Untuk 3 Bulan Pertama
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • ChatGPT Pro Kini Hadir Dalam Dua Versi - Harga Bermula RM420/Bulan
  • Gemini 3.5 Flash Kini Tersedia Sebagai Model 'Default' Dalam Aplikasi Gemini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY