Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google AI Pro Kini Sertakan YouTube Premium Lite Tanpa Caj Tambahan

Google AI Pro Kini Sertakan YouTube Premium Lite Tanpa Caj Tambahan

Diterbitkan Mei 20, 2026 · Dikemas kini Mei 20, 2026 oleh Amalina Athman

Google hari ini mengumumkan penawaran baharu untuk pelan langganan Google AI Pro, yang kini turut merangkumi YouTube Premium Lite tanpa sebarang caj tambahan.

Penawaran ini bersesuaian dengan pengenalan YouTube Premium Lite untuk pasaran Malaysia pada awal bulan ini. Melalui integrasi baharu tersebut, pelanggan AI Pro di negara terpilih, termasuk Malaysia, akan mendapat nilai tambah bernilai RM12.90 sebulan secara percuma.

pelan Google AI Malaysia_1

Dengan adanya YouTube Premium Lite, pengguna boleh menikmati pengalaman menonton sebahagian besar video di YouTube dan YouTube Kids tanpa gangguan iklan, selain menyokong fungsi muat turun untuk tontonan luar talian (offline), serta boleh dimainkan secara latar (background play).

Selain itu, Google sebelum ini turut mengumumkan Google Health Premium juga akan disertakan dalam pelan Google AI Pro dan AI Ultra tanpa kos tambahan.

Sebagai rujukan, Google AI Pro di Malaysia ditawarkan pada harga RM97.99 sebulan atau RM979.90 setahun.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Pengguna YouTube Kini Boleh Kongsi Video Ikut 'Timestamp' Di Telefon Pintar
  • YouTube Kini Tawar Ciri 'Picture-in-Picture' Untuk Pengguna Percuma
  • YouTube Premium Lite Kini Ditawarkan Di Malaysia, Harga RM12.90/Bulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY