Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
teaser Google Pixel 9 Pro Fold

Google Mengacah Kehadiran Pixel 9 Pro Fold

Diterbitkan Julai 19, 2024 · Dikemas kini Julai 19, 2024 oleh Amalina Athman

Setelah pelbagai siri kebocoran sebelum ini, Google akhirnya mengacah kehadiran Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro Fold secara rasmi.

Seperti spekulasi sebelum ini, peranti boleh lipat generasi kedua Google tidak akan menggunakan nama “Pixel Fold 2” dan sebaliknya dipanggil sebagai “Pixel 9 Pro Fold”.

Selain mengesahkan namanya, video berdurasi 30 saat itu memberikan sekilas gambaran rekaan semula engsel dan nisbah skrin berbanding Pixel Fold generasi pertama. Sementara modul kamera segi empat di bahagian belakang menunjukkan dua bar kamera.

unnamed (4) (1)
unnamed (5) (1)
unnamed (6)

Selain Pixel 9 Pro Fold, Google turut memuat naik video acah Pixel 9 Pro. Sekali gus, ia mengesahkan rekaan yang tertiris sebelum ini – dengan bar kamera baharu yang menampilkan tiga lensa.

Kedua-dua video yang dimuat naik mengacah bahawa AI dan Gemini akan menjadi sebahagian besar daripada siri Pixel 9 – “Telefon yang dibina untuk era Gemini”.

A phone built for the Gemini era.
It can do a lot—even let your old phone down easy.

Learn more and sign up for #MadeByGoogle updates: https://t.co/PUmAUi4YBe pic.twitter.com/I3EEXOkq3I

— Made by Google (@madebygoogle) July 18, 2024

Untuk pengesahan spesifikasi dan butiran lain mengenai Pixel 9 Pro Fold, Pixel 9 Pro dan lain-lain produk, nantikan acara Made by Google yang dijadualkan berlangsung pada 14 Ogos 2024.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Google Sahkan Tarikh Pelancaran Siri Pixel 9
  • Imej Sebenar Google Pixel 9 Didakwa Tertiris, Hadir Dengan Warna Merah Jambu
  • Siri Google Pixel 9 Diperlihatkan Lagi, Kali Ini Model Pro XL

Sumber: Google (1, 2)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY