Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pixel 9 add me

Video Promosi Didedahkan, Pixel 9 Dan Pixel 9 Pro Ada Ciri Kamera ‘Add Me’

Diterbitkan Julai 26, 2024 · Dikemas kini Julai 26, 2024 oleh Amsyar Latif

Google bakal melancarkan Pixel 9, Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro Fold pada 14 Ogos 2024. Menjelang pelancarannya, OnLeaks menerusi Android Headlines telah mendedahkan video promosi berkaitan Pixel 9 dan Pixel 9 Pro.

Seperti tahun lalu, tahun ini Google dilihat masih memfokuskan kecerdasan buatan (AI) mereka dengan mengintegrasikan Gemini ke dalam peranti. Tambahan lagi, Google menambah satu lagi ciri baharu untuk kameranya.

Ciri tersebut dipanggil ‘Add Me’. Macam namanya juga, ia berfungsi untuk menambah orang ke dalam gambar. Jika sebelum ini anda suka buang orang, kali ini boleh tambah orang pula.

Melihat kepada video yang dikongsikan, ciri ini membolehkan anda untuk ambil gambar berkumpulan tanpa memerlukan tripod atau meminta orang lain ambilkan gambar anda bersama keluarga atau rakan-rakan.

Pixel 9

Anda hanya perlu ambil gambar dua kali di tempat/lokasi yang sama tetapi dengan orang berbeza. Selepas itu, dua gambar itu akan disatukan. Cumanya, tidak pasti lagi berapa ramai orang yang disokong dalam ciri tersebut. Ini kerana Google memperlihatkan tiga orang sahaja.

Pixel 9

Selain itu, ada juga ciri ‘Pixel Screenshot’. Fungsinya adalah AI akan mencari tangkap layar yang telah dibuat tanpa perlu anda ingat. Ia sekali gus memudahkan untuk membuat carian semula di kemudian hari. Bagaimanapun, masih belum cukup jelas lagi macam mana ia mengesan atau memahami tangkap layar itu melalui deskripsi anda.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2024/07/26230629/3914674860652469318.mp4

Akhir sekali adalah ciri Super Res Zoom Video yang mana Google tidak lupa untuk menawarkan penambahbaikan untuk videonya.

Walaupun kesemua ciri ini tidak disahkan Google lagi tetapi berdasarkan sebelum-sebelum ini, ia benar belaka.

Jadi, kita hanya perlu menunggu Pixel 9 dan Pixel 9 Pro rasmi sahaja.

Berkaitan

  • Google Sahkan Tarikh Pelancaran Siri Pixel 9
  • Google Mengacah Kehadiran Pixel 9 Pro Fold
  • Google Pixel Kelak Mungkin Hadir Dengan Tetapan Had Pengecasan Manual 80%
  • Telefon 5G Ini Paling Rahmah, Ada Storan Besar, AI Dan Fon Susah Pecah

Sumber: Android Headlines

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
©2026 WISER.MY