Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Pixel 9 Pro teaser

Terima Kelulusan SIRIM, Siri Google Pixel 9 Sah Akan Masuk Malaysia

Diterbitkan Ogos 1, 2024 · Dikemas kini Ogos 1, 2024 oleh Amalina Athman

Google pada Jun telah mengumumkan acara Made by Google akan berlangsung pada 14 Ogos 2024. Ia bakal menampilkan siri Pixel 9, Pixel 9 Pro Fold, Pixel Watch 3 serta sejumlah kemas kini Android dan Google AI.

Khabar gembira buat penggemar peranti Pixel di Malaysia, penantian akan berakhir tidak lama lagi.

Menerusi laman web SIRIM, ia memperlihatkan tiga model Pixel 9 telah menerima kelulusan bertarikh 12 Julai (Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL) dan 15 Julai 2024 (Pixel 9). Bermakna, sekurang-kurangnya tiga model Pixel 9 akan dibawa masuk untuk pasaran Malaysia secara rasmi.

Google Pixel 9 SIRIM

Di sisi yang lain, Google Malaysia turut mengacah kehadiran Google Pixel 9 Pro di platform media sosial X.

A phone built for the Gemini era.
It can do a lot — even let your old phone down easy.

Coming soon. pic.twitter.com/i5BtfirGWO

— Google Malaysia (@GoogleMsia) August 1, 2024

Sebelum ini, Urban Republic antara yang disebut-sebut akan membawa masuk peranti Pixel secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Ia turut memberikan beberapa hint atau petunjuk di halaman Facebook dan laman rasminya, yang kemudiannya dipadamkan semula.

Sehingga itu, nantikan lebih banyak maklumat mengenainya dari semasa ke semasa, menjelang pelancaran pada 14 Ogos 2024.

Berkaitan

  • Google Sahkan Tarikh Pelancaran Siri Pixel 9
  • Google Mengacah Kehadiran Pixel 9 Pro Fold
  • Video Promosi Didedahkan, Pixel 9 Dan Pixel 9 Pro Ada Ciri Kamera ‘Add Me’

Sumber: SIRIM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY