Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Pixel 9 teaser

Google Sahkan Tarikh Pelancaran Siri Pixel 9

Diterbitkan Jun 26, 2024 · Dikemas kini Jun 26, 2024 oleh Amalina Athman

Google kebiasaannya mengadakan acara Made by Google pada Oktober, namun untuk tahun ini ia akan diadakan lebih awal.

Perkara itu disahkan oleh Google, yang mana secara rasmi mengumumkan bahawa acara tahunan tersebut akan berlangsung pada 14 Ogos 2024.

Berkaitan

  • Google Perkenal Ciri Carian Baru Untuk Photos, 'Ask Photos' Dikuasakan AI Gemini
  • Google Jadikan Peranti Android Yang Dicuri Tidak Lagi Boleh Dijual
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Di laman web Google Store, gergasi teknologi itu menampilkan video teaser dengan memaparkan nombor roman “IX” secara jelas, serta URL halaman itu sendiri termasuk “google_pixel_9_pro”, sekali gus mengesahkan pelancaran dan tatanama siri Pixel 9.

Selain siri Pixel 9, Google juga dijangka akan melancarkan Pixel Watch 3, sejumlah kemas kini Android serta Google AI.

Made by Google is coming August 13 — and we’ll be showcasing the latest #Pixel devices, the best of Google AI and @Android software updates. Sign up for updates → https://t.co/W5MELxS9fK pic.twitter.com/AHvF2iIXXV

— Google (@Google) June 25, 2024

Acara Made by Google akan berlangsung pada jam 1.00 pagi MYT dan seperti biasa, akan ada strim langsung di platform rasmi Google dan YouTube.

Dengan pelancaran yang diadakan lebih awal, kemungkinan ia boleh menjadi langkah strategik untuk Google mendahului keluaran terbaru Apple, yang biasanya berlangsung pada September.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY