Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Google Pixel 10a Dilancarkan – Cip Tensor G4, Rekaan Rata Tanpa Bonggol Kamera

Posted on Februari 19, 2026Februari 19, 2026

Google secara rasmi memperkenalkan Pixel 10a sebagai pelengkap kepada barisan Pixel 10.

Peranti ini hadir dengan skrin 6.3-inci pOLED FHD+ yang menyokong kadar segar semula 60-120Hz dan kecerahan puncak 3,000 nits, 11% lebih cerah berbanding Pixel 9a. Ia turut mempunyai perlindungan IP68 serta Corning Gorilla Glass 7i.

Bahagian belakangnya rata sepenuhnya tanpa bonggol kamera, dengan bar kamera yang menyatu kemas bersama binaan peranti. Menurut Google, bingkai aluminium diperbuat 100% daripada bahan kitar semula, manakala bahagian belakang mengandungi 81% plastik kitar semula.

Pixel 10a dikuasakan cip Tensor G4 yang sama seperti Pixel 9a, bersama 8GB RAM dan sehingga 256GB storan.

Bahagian kamera menampilkan 48MP utama dengan sokongan Super Res Zoom sehingga 8x, 13MP ultra lebar, serta 13MP swafoto bersama sokongan rakaman video 4K/30fps.

Pixel 10a dibekalkan kapasiti bateri 5,100mAh yang menyokong pengecasan berwayar 45W dan 10W wayarles. Google mendakwa ia mampu bertahan lebih 30 jam penggunaan biasa dan sehingga 120 jam dengan mod penjimatan bateri ekstrem.

Peranti ini turut dijanjikan sokongan kemas kini sistem operasi dan keselamatan selama tujuh tahun. Buat pertama kali dalam siri-A, ciri Satellite SOS turut diperkenalkan bagi membolehkan pengguna menghubungi perkhidmatan kecemasan tanpa rangkaian selular atau Wi-Fi.

Pixel 10a ini hadir dalam empat pilihan warna iaitu Lavender, Berry, Fog dan Obsidian.

Ketersediaan

Di Amerika Syarikat, Pixel 10a ditawarkan pada harga $499 (~RM1,952) bermula 5 Mac. Untuk pasaran Malaysia, peranti ini turut disahkan akan tiba pada Mac dan boleh didapati melalui pengedar sah, namun harganya masih belum diumumkan.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress