Dengan pelancaran siri Pixel 10, Google memperkenalkan sejumlah ciri AI baharu termasuk Magic Cue, sokongan Gemini nano, Pixel Journal dan sebagainya.
Percuma setahun langganan Google AI Pro
Kesemua telefon Pixel 10 dilengkapi cip Google Tensor G5, yang dibangunkan bersama pasukan Google DeepMind dan merupakan cip pertama yang menjalankan model Gemini Nano terkini.
Pengguna Pixel 10 Pro, Pixel 10 Pro XL atau Pixel 10 Pro Fold akan menerima langganan percuma setahun Google AI Pro. Ini memberikan akses kepada alat penjanaan imej dan video seperti Imagen 4 dan Veo 3.
Magic Cue
Magic Cue menghubungkan data daripada Gmail, Calendar, Tangkapan Skrin, mesej dan lain-lain untuk memaparkan maklumat relevan serta mencadangkan tindakan berguna mengikut konteks semasa, sama ada ketika berbual, membuat panggilan atau mencari sesuatu.
Contohnya, jika rakan menghantar mesej bertanya bila penerbangan akan mendarat, Magic Cue akan merujuk jadual perjalanan, mengambil maklumat berkaitan dan mencadangkan untuk dikongsi terus dalam aplikasi Messages.
Kawalan sepenuhnya berada di tangan pengguna. Magic Cue boleh dihidupkan atau dimatikan bila-bila masa, serta pengguna boleh menentukan data yang boleh diakses.
Magic Cue juga boleh digunakan semasa membuat carian, atau boleh ditemui dalam Daily Hub.
![]()
Voice Translate
Melalui Tensor G5, AI pada peranti boleh menterjemah panggilan secara masa nyata dengan suara yang menyerupai setiap pemanggil.
Buat masa ini, Voice Translate berfungsi untuk terjemahan dari atau ke Bahasa Inggeris dengan Sepanyol, Jerman, Jepun, Perancis, Hindi, Itali, Portugis, Sweden, Rusia dan Indonesia.
Gemini Live
Sejak dilancarkan bersama Pixel 9, Gemini Live terus menerima kemas kini. Dengan Pixel 10, Gemini Live menawarkan bantuan visual yang lebih luas.
Apabila berkongsi kamera, Gemini bukan sahaja melihat apa yang dilihat, tetapi juga memberikan panduan dengan penyelesaian terus pada skrin.
Pixel Journal
Dengan aplikasi Journal, Google menyediakan ruang peribadi untuk merekod refleksi harian dan perkembangan diri. Journal boleh dikunci bagi memastikan semua catatan kekal selamat dan peribadi.
‘Writing Tools’ dalam Gboard
Writing Tools ialah ciri dalam Gboard yang membantu pengguna menyemak teks dan membetulkan kesilapan penulisan seperti tatabahasa, ejaan dan tanda baca. Ciri ini juga membolehkan teks ditulis semula mengikut gaya tertentu, contohnya disusun semula, lebih mesra, profesional, disertakan emoji, dipanjangkan atau dipendekkan.
Hasilkan muzik dengan Recorder
![]()
Bagi yang gemar menyanyi atau humming idea dalam Recorder, pengguna kini boleh mengubahnya menjadi muzik. Hanya rakam suara dan pilih gaya muzik yang diingini untuk menghasilkan lagu unik mengikut rentak sendiri.
{suggest}





