Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Siri Pixel 10 Rasmi: Kamera 48MP Dengan Ciri Pixelsnap, Harga Dari RM3,999

Posted on Ogos 21, 2025Ogos 21, 2025

Acara Made by Google yang baru berlangsung tadi telah melancarkan barisan produk terbaru mereka dengan siri Pixel 10 menjadi tarikan utama.

Siri Pixel 10 menampilkan 4 model iaitu Pixel 10, Pixel 10 Pro, Pixel 10 Pro XL dan model boleh lipat, Pixel 10 Pro Fold.

Pixel 10 dilengkapi kamera utama 48MP, tersedia dalam pilihan warna Obsidian, Indigo, Frost dan Lemongrass.

Siri Pixel 10 dikuasakan pemproses baharu Tensor G5, tetapan 3 kamera utama yang ditambah baik dengan lensa telefoto yang boleh di zum sehingga 20x, paparan dari Corning Gorilla Glass Victus 2 serta bateri yang mampu bertahan sehingga 30 jam.

Pixel 10 Pro hadir dalam dua saiz, 6.3 inci dan 6.8 inci dengan pilihan warna Obsidian, Moonstone, Porcelain, dan Jade.
Google Pixel 10 Pro dipacu cip Google Tensor G5 dan RAM 16GB serta kamera 50MP yang dipertingkat. Manakala kamera hadapannya 42 MP.

Menjadikannya lebih menarik, Google akhirnya memperkenalkan ciri pengecasan tanpa wayar yang dikenali sebagai Pixelsnap di mana Siri Pixel 10 terbina dengan Qi2 untuk sokongan pengecasan tanpa wayar.

Pixel 10 bersama pengecas Pixelsnap yang menyokong pengecasan tanpa wayar Qi2 sehingga 25W. Pixelsnap turut serasi dengan aksesori magnetik pihak ketiga yang lain.

Selain itu, Google menjanjikan sokongan kemas kini selama 7 tahun bagi kemas kini perisian dan keselamatan bagi siri Pixel 10.

Harga jualan rasmi bagi siri Pixel 10 di Malaysia adalah bermula dari RM3,999, RM4,999 (Pixel 10 Pro) dan RM5,999 (Pixel 10 Pro XL).

Siri Pixel 10 ini akan tersedia di psaran Malaysia pada 28 Ogos 2025 dengan tempahan awal dibuka pada 21 Ogos menerusi penyedia perkhidmatan rangkaian termasuklah CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Urban Republic, Sen Heng Shopee dan Thunder Match Technology.

Beli barisan peranti Google baharu dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clmwuvh

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress