Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Pixel 9a Dilancarkan – Dilengkapi ‘Macro Focus’, 7 Tahun Kemas Kini OS

Google Pixel 9a Dilancarkan – Dilengkapi ‘Macro Focus’, 7 Tahun Kemas Kini OS

Diterbitkan Mac 19, 2025 · Dikemas kini Mac 20, 2025 oleh Amalina Athman

Google kini mengumumkan Pixel 9a, telefon pintar kelas pertengahan yang mampu milik sebagai pelengkap kepada barisan utama Pixel 9.

Google Pixel 9a Malaysia_2

Menyentuh spesifikasi, Pixel 9a menampilkan paparan OLED berukuran 6.3-inci dengan sokongan kadar segar semula 60-120Hz, maksimum kecerahan 2,700 nit serta perlindungan Corning Gorilla Glass 3.

Peranti ini dijana cip pemproses Google Tensor G4 dengan cip sekuriti Titan M2, bersama 8GB RAM dan pilihan storan sehingga 256GB.

Untuk bahagian fotografi, Pixel 9a dilengkapi tetapan dua kamera belakang – 48MP utama dengan sokongan Super Res Zoom sehingga 8x dan 13MP ultra lebar. Sementara kamera swafoto dimuatkan 13MP. Buat pertama kalinya dalam siri-A, ia hadir dengan ciri Macro Focus untuk foto dan video.

Bagi menghidupkan peranti, ia dilengkapi kapasiti bateri 5,100mAh yang menyokong pengecasan berwayar 23W dan 7.5W wayarles.

Sama seperti ‘ahli keluarga’ yang lain, Pixel 9a juga didatangkan dengan 7 tahun kemas kini sistem operasi, keselamatan dan Pixel Drops.

Google Pixel 9a Malaysia_Iris
Google Pixel 9a Malaysia_Peony
Google Pixel 9a Malaysia_Porcelain
Google Pixel 9a Malaysia_Obsidian

Lain-lain termasuk sokongan Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.3, NFC, penarafan IP68 serta menjalankan Android 15. Empat pilihan warna tersedia iaitu Iris, Peony, Porcelain dan Obsidian.

Harga dan ketersediaan

Pixel 9a akan dijual pada harga bermula RM2,699 sekitar April depan.

Berkaitan

  • Pixel 9 Pro Dan Pro XL Dilancarkan - Cip Tensor G4, SOS Satelit, Gemini AI
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Google Perlihatkan Bagaimana Pixel Diuji Untuk Ketahanan
  • Google Pixel 9a Akan Tiba Di Malaysia Bulan Depan, Harga Bermula RM2,699

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY