Google mula melancarkan ikon baharu untuk tiga aplikasinya, iaitu Google Messages, Phone by Google dan Google Contacts.
Perubahan ini memberikan ketiga-tiga aplikasi tersebut penampilan yang lebih kemas dengan ikon yang direka supaya kelihatan lebih jelas pada skrin utama peranti.
Antara penyesuaian yang diperkenalkan termasuk penggunaan kesan gradient yang lebih halus serta bahagian tepi ikon yang lebih jelas. Google turut mengemas kini bentuk lengkungan dan warna bagi menjadikannya lebih selari dengan identiti visual aplikasi Google yang lain, termasuk logo utama syarikat itu.

Bagaimanapun, perubahan ini hanya melibatkan penampilan ikon dan tidak mengubah fungsi Google Messages, Phone by Google atau Google Contacts. Pengguna masih boleh menggunakan ketiga-tiga aplikasi tersebut seperti biasa.
