Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SpaceX 1million satellite_1

SpaceX Dapat Kelulusan AS Untuk Lancar Sehingga 1 Juta Satelit Pusat Data Ke Angkasa

Diterbitkan November 26, 2026 ยท Dikemas kini November 26, 2026 oleh Amalina Athman

SpaceX mendapat kelulusan Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat (FCC) untuk membangunkan rangkaian pusat data di angkasa menerusi projek Starmind, melibatkan pelancaran sehingga 1 juta satelit yang dilengkapi modul pengkomputeran orbit.

Kelulusan itu merupakan yang pertama seumpamanya dalam sejarah AS. Projek tersebut dirancang untuk menempatkan modul pengkomputeran di orbit bagi memproses sejumlah besar data sebelum hasil pemprosesannya digunakan semula di Bumi.

Menurut FCC, inisiatif tersebut bertujuan memenuhi lonjakan permintaan terhadap keupayaan pengkomputeran berprestasi tinggi bagi menyokong perkembangan teknologi kecerdasan super (superintelligence).

Bagi memastikan kelancaran operasi, SpaceX akan menggunakan pautan optik untuk komunikasi antara satelit. Sistem ini turut disokong oleh sambungan frekuensi radio sebagai sandaran sekiranya berlaku gangguan, selain berfungsi untuk tujuan kecemasan, telemetri, penjejakan serta kawalan arahan satelit.

Pengerusi FCC, Brendan Carr berkata, pemindahan kapasiti pengkomputeran ke luar Bumi mampu menampung keperluan infrastruktur teknologi masa hadapan, sekali gus mengukuhkan penguasaan negara itu dalam sektor angkasa dan teknologi maju.

Dalam pada itu, FCC memaklumkan pihaknya masih meneliti beberapa cadangan lain berkaitan pusat data orbit dan akan membuat keputusan sewajarnya mengikut prosedur sedia ada.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • SpaceXAI Mahu Bina Infrastruktur AI Di Orbit Dengan NVIDIA Vera Rubin
  • SpaceX Sasar Bawa Starship Ke Orbit Buat Kali Pertama
  • Tesla Roadster, Kereta Mampu Terbang Dengan Teknologi SpaceX Rasmi, Tempahan Di Malaysia Bermula RM21,000

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 1Password Sahkan Sistem Dalaman Diceroboh, Maklumat Akaun Sebahagian Pengguna Dicuri
  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
©2026 WISER.MY