Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Artist Impression – Google funds off-river storage reservoir and water treatment plant in Negeri Sembilan

Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan

Diterbitkan November 2, 2026 oleh Amsyar Latif

Google mengumumkan pembiayaan sebanyak AS$160 juta (~RM651 juta) bagi membangunkan infrastruktur bekalan air baharu di Negeri Sembilan, untuk menyokong operasi pusat datanya yang dirancang di Port Dickson serta memenuhi keperluan bekalan air masyarakat setempat.

Menerusi kerjasama dengan kerajaan Negeri Sembilan dan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Google telah melantik Gamuda Berhad untuk membina kolam takungan air pinggir sungai (off-river storage reservoir) dan loji rawatan air baharu.

Apabila siap dan beroperasi, loji tersebut dijangka mempunyai kapasiti membekalkan 65 juta liter air terawat sehari, bagi menyokong kampus pusat data Google di Springhill Industrial Park, Port Dickson serta menambah bekalan air negeri untuk kegunaan awam.

Kolam takungan yang terletak di sepanjang Sungai Linggi itu direka untuk menampung lebihan aliran sungai dan air hujan, khususnya pada musim hujan, sekali gus membantu mengurangkan risiko banjir di kawasan sekitar.

Ketika aliran sungai berkurangan, air daripada takungan tersebut boleh digunakan untuk mengekalkan bekalan bagi kegunaan domestik dan komersial.

Setelah siap dibangunkan, kedua-dua kemudahan berkenaan akan dimiliki oleh Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) (MBINS), iaitu badan berkanun yang menguruskan aset kerajaan negeri.

Google turut menyatakan pihaknya akan menanggung sepenuhnya kos bekalan elektrik yang digunakan oleh kampus pusat datanya, termasuk kos infrastruktur langsung bagi sambungan ke grid elektrik.

Selain pembangunan infrastruktur air, Google memperluas kerjasama dengan SOLS Foundation menerusi dua inisiatif pendidikan dan latihan tenaga bersih.

Antaranya termasuk penyediaan makmal tenaga solar di sekolah kerajaan yang mengambil bahagian serta program latihan kemahiran digital selama 36 jam untuk belia yang ingin menceburi sektor tenaga boleh baharu.

Kedua-dua inisiatif tersebut dijadualkan mula dilaksanakan di Negeri Sembilan pada awal 2027.

Berkaitan

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
©2026 WISER.MY