1Password mengesahkan berlaku insiden keselamatan siber yang membabitkan sistem backend perkhidmatannya sehingga menyebabkan maklumat akaun sebahagian pengguna dicuri.
Bagaimanapun, syarikat itu menegaskan kandungan dalam peti simpanan digital (vault), termasuk item yang disimpan serta kunci yang melindunginya, tidak terjejas. Ini bermakna kata laluan, Secret Key dan maklumat lain yang tersimpan dalam vault pengguna kekal selamat.
Menurut 1Password, insiden itu mula disiasat pada 19 November 2026 selepas pihaknya mengesan kemungkinan akaun GitHub korporat milik seorang pekerja telah diceroboh. Penyerang kemudian menggunakan akaun tersebut untuk mengakses kod sumber dan memasukkan kod berniat jahat ke dalam sistemย backend syarikat.
Tindakan itu membolehkan penyerang memuat turun sebahagian data pelanggan 1Password. Rekod tersebut merangkumi:
- Nama dan alamat e-mel.
- ID akaun dan ID pengguna, serta tarikh akaun diwujudkan dan masa terakhir pengguna log masuk.
- Kunci awam (yang sememangnya direka untuk diketahui umum dan tidak memberi kesan kepada keselamatan pengguna).
- Parameter protokol Secure Remote Password (SRP) (yang tidak boleh digunakan untuk mengakses akaun pengguna).
- Token yang terdapat dalam pautan e-mel tertentu bagi jemputan, penyediaan akaun dan pemulihan akaun.
- Metadata akaun lain yang bukan bersifat rahsia dan berkaitan dengan seni bina dalaman 1Password, seperti nombor pengenalan versi dan nombor pengenalan fail.
Sebagai langkah keselamatan tambahan, 1Password telah menyahaktifkan akaun GitHub yang terjejas, membatalkan token yang dicuri dan menarik balik akses yang diwujudkan penyerang. Syarikat itu juga turut menukar atau membatalkan kelayakan akses dalaman yang mungkin terdedah serta memperketat kawalan keselamatan sistemnya.
Dalam masa sama, 1Password memanjangkan kod yang digunakan dalam e-mel jemputan dan pemulihan akaun daripada enam angka kepada 10 aksara alfanumerik.
Weโre sharing an update about a recent security incident involving some of 1Passwordโs backend systems. ๐ก๐ผ ๐ฐ๐๐๐๐ผ๐บ๐ฒ๐ฟ ๐๐ฎ๐๐น๐ ๐ฐ๐ผ๐ป๐๐ฒ๐ป๐, ๐ถ๐ป๐ฐ๐น๐๐ฑ๐ถ๐ป๐ด ๐๐ฒ๐ฐ๐ฟ๐ฒ๐๐, ๐ฝ๐ฎ๐๐๐๐ผ๐ฟ๐ฑ๐ ๐ฎ๐ป๐ฑ ๐ผ๐๐ต๐ฒ๐ฟ ๐๐ฎ๐๐น๐ ๐ถ๐๐ฒ๐บ๐, ๐ผ๐ฟ ๐๐ต๐ฒ ๐ธ๐ฒ๐๐ ๐๐ต๐ฎ๐โฆ
— 1Password (@1Password) November 25, 2026
Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan supaya lebih berhati-hati terhadap e-mel, mesej teks atau panggilan tidak dijangka yang menyebut 1Password, termasuk berkaitan jemputan dan permintaan pemulihan akaun. 1Password juga menegaskan pihaknya tidak akan meminta kata laluan akaun atau Secret Key pengguna melalui sebarang komunikasi.
Buat masa ini, pengguna tidak perlu melakukan sebarang kemas kini pada akaun 1Password masing-masing. Syarikat itu turut mengesahkan aplikasi dan perkhidmatannya beroperasi seperti biasa.
