Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Play Store

Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember

Diterbitkan Oktober 28, 2026 oleh Amsyar Latif

Google kini membuka pendaftaran untuk program Registered App Stores, yang membolehkan kedai aplikasi pihak ketiga menawarkan pemasangan aplikasi dengan sekali tekan (tap) serta kemas kini automatik di Android. Program ini akan tersedia di Malaysia mulai 1 Disember 2026, khusus pada peranti yang menjalankan Android 17 QPR2 atau versi lebih baharu.

Menurut Google, aplikasi daripada kedai aplikasi berdaftar boleh dimuat turun dan dipasang terus tanpa skrin kebenaran atau pengesahan tambahan. Kemas kini pula boleh berlaku di latar belakang tanpa pengguna perlu meluluskannya satu demi satu, namun kedai tidak dibenarkan memasang aplikasi secara senyap tanpa persetujuan pengguna.

Kedai berdaftar masih perlu dimuat turun melalui laman rasmi masing-masing menggunakan pelayar. Bezanya, pengguna tidak lagi perlu menukar tetapan “Install unknown apps” sebelum memasangnya. Kedai sedia ada tidak digantikan, dan pengguna boleh memilih kedai mana untuk memuat turun setiap aplikasi.

https://wiser.my/wp-admin/edit.phpKetersediaan ciri ini bergantung pada negara yang ditetapkan dalam akaun Google, bukan lokasi telefon dibeli. Selain Malaysia, negara lain yang disokong termasuk Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Jepun, Korea Selatan dan India.

Penyertaan dalam program ini adalah pilihan. Untuk layak, kedai mesti didaftarkan sebagai organisasi melalui Android Developer Console dan melengkapkan Android developer verification, manakala akaun pembangun individu tidak layak. Kedai juga tidak boleh menyekat pemasangan kedai lain dan perlu menyerahkan katalog aplikasi kepada Google untuk imbasan keselamatan.

Bagaimanapun, Google menyatakan ia tidak akan memoderasi kandungan dalam kedai berdaftar. Setiap kedai kekal bertanggungjawab sepenuhnya ke atas katalog masing-masing.

Program ini diumumkan pada Mac lalu sebagai sebahagian daripada perubahan ekosistem Android susulan pertikaian undang-undang Google dengan Epic Games, dan dimulakan di luar Amerika Syarikat terlebih dahulu.

Berkaitan

  • Google Didapati Pautkan Nombor Telefon Kepada Semua Akaun Secara Automatik
  • Cara Pelajar IPT Tebus Google AI Plus Secara Percuma

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY