Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Find Hub Remember_

Google Kini Boleh Ingat Lokasi Pasport, Barang Penting Dalam Find Hub – Tak Perlu Tag Penjejak

Diterbitkan September 2, 2026 · Dikemas kini September 2, 2026 oleh Amalina Athman

Google memperkenalkan ciri baharu dalam Find Hub yang membolehkan pengguna menyimpan lokasi barang penting seperti pasport dan kunci, walaupun barang tersebut tidak dipasang dengan tag penjejak.

Ciri ini membolehkan pengguna meminta Gemini mengingati tempat sesuatu barang disimpan. Sebagai contoh, pengguna boleh berkata, “Hey Google, ingat dalam Find Hub bahawa saya letakkan pasport saya dalam laci bilik tidur”, dan menambah foto jika diperlukan.

Maklumat tersebut kemudiannya disimpan dalam Find Hub di bahagian barang yang diingati. Apabila diperlukan, pengguna boleh bertanya kepada Gemini tentang lokasi barang berkenaan atau menyemaknya terus dalam Find Hub.

Menariknya, fungsi ini memang berguna untuk barang seperti pasport atau kunci pendua yang biasanya disimpan di tempat tertentu dan tidak mempunyai peranti penjejak fizikal. Pengguna boleh menyimpan lokasinya dalam Find Hub, tanpa perlu memasang tag penjejak semata-mata untuk mengingati tempat barang tersebut disimpan.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/09/02120046/Remembered_Items_in_Find_Hub.mp4

Google menyatakan ciri tersebut akan tersedia pada peranti yang menjalankan Android 16 dan ke atas, di negara yang menyokong Gemini dan Find Hub. Ketersediaannya juga bergantung pada sokongan perkhidmatan berkenaan di negara pengguna.

Fungsi mengingati lokasi barang ini merupakan sebahagian daripada Android Drop September, yang turut membawa beberapa ciri baharu lain. Antaranya ialah Motion Assist pada telefon Android 17, yang memaparkan gelembung pada skrin yang bergerak mengikut pergerakan kenderaan untuk membantu mengurangkan mabuk perjalanan.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/09/02123209/Motion_Assist.mp4

Google turut memperkenalkan Guided Vision dalam Gemini Live untuk membantu pengguna dengan masalah penglihatan memahami perkara di sekeliling melalui kamera dan panduan suara.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/09/02123237/Guided_Vision_with_Gemini_Live.mp4

Dalam Google Messages pula, pengguna kini boleh menggunakan Google Keep terus dalam sembang untuk menghasilkan atau menyunting nota bersama, selain Chat Theme yang membolehkan latar belakang dan warna setiap perbualan diperibadikan.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/09/02123218/Google_Keep_in_Google_Messages.mp4

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Jawapan Google Kepada AirTag, Pixel Tag Kini Diperkenal
  • Google Mula Lancarkan ‘Advanced Flow’ Untuk 'Sideload' Aplikasi Android
  • Krisis RAM Paksa Google Perketat Penggunaan Memori Aplikasi Android
  • Google Lancar Google Pics – Boleh Sunting, Terjemah Teks Terus Dalam Imej

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY