Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jawapan Google Kepada AirTag, Pixel Tag Kini Diperkenal

Jawapan Google Kepada AirTag, Pixel Tag Kini Diperkenal

Diterbitkan Ogos 12, 2026 · Dikemas kini Ogos 12, 2026 oleh Amalina Athman

Google secara rasmi memperkenalkan Pixel Tag, peranti penjejak pertamanya yang direka untuk membantu pengguna mencari barangan penting seperti kunci, beg dan bagasi.

Kehadiran Pixel Tag ini boleh dilihat sebagai jawapan Google kepada peranti penjejak seperti Apple AirTag dan Samsung Galaxy SmartTag.

Jawapan Google Kepada AirTag, Pixel Tag Kini Diperkenal

Untuk membantu pengguna mencari barangan yang tercicir, Pixel Tag diintegrasikan dengan Find Hub, yang membolehkan lokasinya dilihat melalui peta. Selagi Pixel Tag berada dalam jarak Bluetooth, pengguna boleh membunyikan tag melalui aplikasi Find Hub, sekali gus memudahkan pencarian apabila ia berada berdekatan.

Jawapan Google Kepada AirTag, Pixel Tag Kini Diperkenal

Jika Pixel Tag berada di luar jarak Bluetooth, Find Hub boleh menggunakan rangkaian lebih satu bilion peranti Android untuk membantu mengesan lokasi barangan yang hilang. Google turut menyatakan rangkaian ini menggunakan ciri keselamatan seperti penyulitan hujung ke hujung bagi melindungi maklumat lokasi.

Bagi pencarian yang lebih tepat apabila berada berdekatan, Pixel Tag turut menyokong Ultra Wideband (UWB) untuk Precision Finding serta Bluetooth Channel Sounding pada peranti yang serasi. Menerusi Precision Finding, Pixel Tag boleh dikesan sehingga 50 meter daripada peranti Android yang mempunyai sokongan UWB.

Jawapan Google Kepada AirTag, Pixel Tag Kini Diperkenal

Peranti penjejak ini juga dilengkapi pembesar suara terbina yang boleh digunakan untuk membantu mengenal pasti lokasinya. Selain melalui telefon, pengguna boleh mencari dan membunyikan Pixel Tag terus melalui Pixel Watch, manakala Pixel Buds turut boleh digunakan untuk meminta Gemini membunyikan tag tersebut.

Dari segi perkongsian, Pixel Tag boleh dikongsi dengan sehingga 10 orang, membolehkan beberapa pengguna mencari barangan yang sama. Ia turut menyokong ciri Left Behind yang akan memberi amaran sekiranya pengguna meninggalkan barangan mereka.

Untuk ketahanan, Pixel Tag mempunyai penarafan IP67 bagi perlindungan daripada habuk dan air. Ia direka untuk berada pada kedalaman maksimum 1 meter sehingga 30 minit mengikut piawaian IEC 60529.

Jawapan Google Kepada AirTag, Pixel Tag Kini Diperkenal
Jawapan Google Kepada AirTag, Pixel Tag Kini Diperkenal

Pixel Tag menggunakan bateri syiling CR2032 yang boleh diganti sendiri, dengan ketahanan bateri lebih daripada setahun bergantung pada penggunaan. Ia menggunakan gabungan bahan polikarbonat dan logam, serta mempunyai ukuran 28 x 46.1 x 5.4mm, berat 11.8 gram termasuk bateri dan ditawarkan dalam warna Fog.

Pixel Tag boleh digunakan dengan telefon Android yang menjalankan Android 9 atau lebih baharu. Namun, Precision Finding memerlukan telefon dengan sokongan UWB, manakala Bluetooth Channel Sounding memerlukan peranti serasi yang menjalankan Android 16 atau lebih baharu serta Bluetooth 6.0.

Ketersediaan

Jawapan Google Kepada AirTag, Pixel Tag Kini Diperkenal

Pixel Tag akan mula dijual pada 11 November 2026 dengan harga AS$29 (~RM118) untuk satu unit atau AS$99 (~RM404) bagi pek empat unit di Amerika Syarikat.

Untuk pasaran Malaysia, Pixel Tag turut dijadualkan tersedia pada tarikh yang sama, namun harga untuk pasaran tempatan masih belum diumumkan.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Siri Google Pixel 11 Kini Rasmi, Harga Bermula RM3,999
  • Google Pixel 11 Pro Fold Lebih Nipis, Ringan Dan Tahan Lasak Berharga RM7,999
  • Pixel Watch 5 Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula RM1,799

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY