Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android advanced flow

Google Mula Lancarkan ‘Advanced Flow’ Untuk ‘Sideload’ Aplikasi Android

Diterbitkan Ogos 19, 2026 · Dikemas kini Ogos 19, 2026 oleh Amalina Athman

Google mula melancarkan secara berperingkat ‘advanced flow’, iaitu proses baharu untuk pengguna Android yang mahu memasang atau mengemas kini aplikasi daripada pembangun yang memilih untuk tidak mengesahkan identiti mereka dengan Google.

Versi pertama ciri ini kini mula diedarkan, tetapi tidak semua pengguna akan melihatnya serta-merta susulan pelancarannya dibuat secara berperingkat.

Untuk memahami perubahan ini, Google sebelum ini mengumumkan bahawa aplikasi perlu didaftarkan oleh pembangun yang telah disahkan sebelum pengguna boleh memasangnya pada peranti Android yang diperakui. Melalui pengesahan pembangun, identiti sebenar pembangun akan dihubungkan dengan aplikasi Android mereka. Google berkata langkah ini menyukarkan pihak berniat jahat daripada terus mengedarkan lebih banyak aplikasi berbahaya selepas aplikasi pertama mereka dibuang.

Google Mula Lancarkan ‘Advanced Flow’ Untuk ‘Sideload’ Aplikasi Android

Namun, masih ada pembangun yang memilih untuk tidak menjalani proses pengesahan, manakala sesetengah pengguna mahu terus memasang aplikasi daripada pembangun berkenaan. Advanced flow disediakan sebagai pilihan untuk memasang aplikasi tersebut tanpa menggunakan ADB (Android Debug Bridge), iaitu kaedah pemasangan aplikasi melalui komputer.

📣We’re rolling out the first version of the advanced flow for installing apps from unverified developers

The advanced flow gives power users the option to install unregistered apps (i.e. apps from developers who choose not to verify their identity) on certified Android devices…

— Mishaal Rahman (@MishaalRahman) August 18, 2026

Cara aktifkan ‘advanced flow’

Proses mengaktifkan advanced flow hanya perlu dilakukan sekali (one-time process) dan mengambil masa 24 jam. Ia turut mempunyai beberapa langkah perlindungan untuk mengurangkan risiko pengguna dipaksa atau ditekan supaya mematikan ciri keselamatan.

Caranya, pengguna perlu membuka Developer Options dan menghidupkan “Allow apps from unverified developers”. Android akan meminta pengesahan menggunakan kunci skrin dan memaparkan amaran sebelum proses diteruskan.

Kemudian, restart telefon untuk memulakan tempoh menunggu 24 jam. Selepas tempoh tersebut, kembali ke halaman yang sama untuk melengkapkan proses dan pilih sama ada mahu mengaktifkan tetapan itu selama 7 hari atau tanpa had.

Google Mula Lancarkan ‘Advanced Flow’ Untuk ‘Sideload’ Aplikasi Android

Setelah advanced flow diaktifkan, pengguna masih akan melihat amaran apabila cuba memasang atau mengemas kini aplikasi daripada pembangun yang tidak disahkan, tetapi boleh memilih “Install anyway” untuk meneruskan pemasangan.

Google Mula Lancarkan ‘Advanced Flow’ Untuk ‘Sideload’ Aplikasi Android

Google berkata langkah tambahan ini bertujuan mengurangkan risiko penipuan yang memperdaya pengguna untuk mengubah tetapan keselamatan. Tempoh menunggu 24 jam memberi pengguna masa untuk menyemak permintaan tersebut terlebih dahulu, manakala proses memulakan semula (restart) telefon boleh memutuskan akses jauh atau panggilan yang mungkin sedang digunakan penipu untuk memantau atau membimbing pengguna.

Pengguna juga tidak perlu memastikan Developer Options terus diaktifkan selepas advanced flow dihidupkan. Jika ciri tersebut dimatikan sementara, pengguna mempunyai masa 10 minit untuk mengaktifkannya semula tanpa perlu menunggu 24 jam sekali lagi.

Advanced flow dilancarkan sebelum pengesahan pembangun dikuatkuasakan

Google melancarkan advanced flow lebih awal sebelum sistem pengesahan pembangun mula dikuatkuasakan. Pada peringkat awal, pengesahan pembangun akan mula digunakan pada 30 September 2026 untuk pengguna peranti Android yang diperakui di Brazil, Indonesia, Singapura dan Thailand.
Google Mula Lancarkan ‘Advanced Flow’ Untuk ‘Sideload’ Aplikasi Android
Ia akan meliputi pemasangan aplikasi melalui Google Play serta beberapa gedung aplikasi seperti HONOR App Market, OPPO App Market, Galaxy Store, Palm Store, V-Appstore dan GetApps.

Google akan memperluaskan sistem pengesahan pembangun ini secara global pada 2027.

Berkaitan

  • 'Sideloading' Pada Android Akan Lebih Ketat Mulai Tahun Depan
  • Google Akan Benarkan Pengguna Berpengalaman 'Sideload' Aplikasi Tidak Disahkan
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Android Ketatkan 'Sideload', Pasang APK Tidak Disahkan Akan Lebih "Susah"

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY