Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Lancar Google Pics – Boleh Sunting, Terjemah Teks Terus Dalam Imej

Google Lancar Google Pics – Boleh Sunting, Terjemah Teks Terus Dalam Imej

Diterbitkan September 2, 2026 · Dikemas kini September 2, 2026 oleh Amalina Athman

Google kini memperkenalkan Google Pics, alat janaan dan suntingan imej berasaskan AI yang dibina menggunakan model Nano Banana.

Antara ciri yang ditawarkan ialah keupayaan mengasingkan objek tertentu dalam imej sebelum mengubahnya tanpa menjejaskan bahagian lain. Pengguna juga boleh memberikan arahan dalam bentuk teks pada kawasan tertentu untuk membuat perubahan yang lebih disasarkan, termasuk melaksanakan beberapa suntingan pada masa yang sama.

Pics turut menyokong penyuntingan dan terjemahan teks dalam imej. Teks boleh diubah atau diterjemahkan terus tanpa mengganggu susun atur visual atau mengubah jenis tulisan (font) asal.

Untuk proses penghasilan pula, Pics boleh menjana beberapa versi imej daripada satu arahan, membolehkan pengguna menilai pelbagai hasil sebelum memilih versi yang dikehendaki. Hasil tersebut juga boleh dikongsi dengan rakan atau rakan sepasukan untuk disunting bersama.

Apa yang lebih menarik, Google tidak mengehadkan Pics sebagai aplikasi kendiri. Alat ini turut diintegrasikan dalam Google Workspace supaya pengguna tidak perlu berpindah antara aplikasi untuk mencipta atau menyunting bahan visual.

Integrasi tersebut bermula dengan Google Docs dan Google Slides, manakala Google Drive akan menerima integrasi itu dalam beberapa minggu akan datang. Dengan pendekatan ini, pengguna boleh menggunakan ciri penjanaan dan penyuntingan imej terus dalam aplikasi Workspace yang sedang digunakan.

Ketersediaan

Google Pics sedang dilancarkan secara berperingkat dalam beberapa minggu akan datang kepada semua pelanggan Google AI Pro dan Ultra, serta kebanyakan pelanggan perniagaan Google Workspace.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Google Lancar Nano Banana 2 Lite - Mampu Jana Imej Dalam 4 Saat, Lebih Jimat Kos
  • Google Perkenal Ciri Terjemahan Bahasa Isyarat Kepada Teks, Kini Hadir Pada Pixel 11
  • Google Kembali Dengan Tawaran Google AI Plus Percuma Setahun Untuk Pelajar
  • Google Perkenal Gemini 3.5 Transcribe - Sokong 85+ Bahasa, Boleh Kenal Pasti Hingga 3 Penutur

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY