Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Google Kembali Dengan Tawaran Google AI Plus Percuma Setahun Untuk Pelajar

Posted on Ogos 20, 2026Ogos 20, 2026

Google kini kembali dengan tawaran langganan Google AI secara percuma selama setahun kepada pelajar yang layak di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Berbanding tawaran tahun lalu yang memberikan pelan Google AI Pro, penawaran kali ini dibezakan mengikut lokasi. Pelajar yang layak di Amerika Syarikat menerima Google AI Pro secara percuma, manakala pelajar di luar AS, termasuk Malaysia, menerima pelan Google AI Plus.

Bagi pengguna di Malaysia, langganan Google AI Plus secara berbayar biasanya ditawarkan pada harga RM23.99 sebulan. Melalui tawaran percuma selama 12 bulan ini, pelajar mendapat akses ruang storan awan berkapasiti 400GB yang merangkumi Google Drive, Gmail dan Google Photos, serta Gemini Omni dan had penggunaan Gemini yang dua kali ganda lebih tinggi berbanding akaun percuma.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/08/20084654/16x9_student_hub_Aug17.mp4

Untuk menyokong proses pembelajaran, Google turut memperkenalkan hab khas pelajar yang boleh dicapai terus menerus melalui pautan gemini.google.com/students. Hab ini menghimpunkan beberapa ciri pembelajaran dalam satu ruang, termasuk ciri Study Notebooks yang membolehkan pelajar memuat naik nota kuliah untuk dianalisis, dipecahkan kepada topik kecil, serta menghasilkan kuiz latihan dan memantau kemajuan pembelajaran.

Use study notebooks for an adaptive learning environment.

When looking for more personalized study help, Gemini steps in.
→ Pinpoints your exact knowledge gaps with diagnostic quizzes
→ Builds bite-sized lessons grounded in your class materials
→ Tracks your progress on a… pic.twitter.com/UYKQJQsskD

— Google Gemini (@GeminiApp) August 19, 2026

Google juga menyediakan visualisasi interaktif untuk membantu menerangkan topik tertentu secara visual, termasuk simulasi 3D yang boleh diterokai pengguna. Dalam pada itu, Deep Research kini turut tersedia menerusi Gemini Live, membolehkan pengguna menjalankan penyelidikan secara berperingkat sebelum berbincang mengenai hasilnya melalui perbualan suara.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/08/20084527/16x9_interactive_visualizations_Aug19_final.mp4

Tawaran Google AI Plus percuma untuk pelajar ini boleh ditebus bermula sekarang sehingga 31 Disember 2026, tertakluk kepada pengesahan status pelajar dan syarat kelayakan yang ditetapkan Google. Selepas tempoh percuma selama setahun tamat, langganan akan diperbaharui secara automatik pada harga semasa sekiranya pengguna tidak membatalkannya terlebih dahulu.

Bagi pelajar yang ingin menebus tawaran ini, pergi ke gemini.google/students dan ikut proses pendaftaran serta pengesahan status pelajar yang ditetapkan Google.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress