Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
unnamed (4)

Pelajar Kini Boleh ‘Claim’ Google AI Pro Secara Percuma Selama Setahun – Ini Caranya

Diterbitkan Oktober 13, 2025 · Dikemas kini Oktober 13, 2025 oleh Amalina Athman

Mungkin belum ramai yang tahu, Google kini menawarkan akses percuma pelan Google AI Pro kepada pelajar selama setahun.

Berbanding bayaran RM97.99 sebulan, tawaran ini membolehkan pelajar menikmati ciri-ciri premium seperti akses model 2.5 Pro, Flow, Whisk, NotebookLM dengan had lebih tinggi, Gemini dalam Gmail, Docs, Vids dan lain-lain, 1000 kredit AI bulanan serta 2TB storan awan tanpa sebarang kos selama 12 bulan.

Google AI Pro percuma pelajar_1

Siapa yang layak?

Tawaran ini terbuka kepada pelajar universiti, kolej matrikulasi, politeknik, atau institusi pengajian tinggi lain yang menawarkan percubaan Google AI Pro. Syarat kelayakan:

  • Aktif berdaftar di institusi yang layak.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Daftar sebelum 9 Disember 2025 untuk tebus akses percuma selama setahun.

Cara ‘claim’ Google AI Pro secara percuma

Ikut langkah di bawah untuk ‘claim’ atau tebus pelan Google AI Pro secara percuma:

1. Di pelayar Google, pastikan log masuk akaun Google personal masing-masing.

2. Cari “Gemini for students” atau terus ke pautan gemini.google/students.

3. Klik “Get Offer” dan tekan “Verify Eligibility”.

Google AI Pro percuma pelajar_3
Google AI Pro percuma pelajar_4

4. Isi maklumat pelajar yang diperlukan untuk pengesahan status sebagai pelajar, kemudian klik “Sign in to your school”.

Google AI Pro percuma pelajar_5
Google AI Pro percuma pelajar_6

 

5. Pengguna akan dibawa ke portal institusi pengajian masing-masing. Log masuk seperti biasa. Di bawah merupakan contoh bagi pelajar UITM.

Google AI Pro percuma pelajar_8

6. Apabila keluar paparan pengesahan seperti di bawah, klik “Accept”. Pengguna akan dibawa semula ke Google One, menandakan status pelajar telah disahkan.

Google AI Pro percuma pelajar_9
Google AI Pro percuma pelajar_10
Google AI Pro percuma pelajar_11

7. Di Google One, klik “Get AI Pro”. Masukkan maklumat pembayaran. Tidak perlu risau, pelan ini boleh dibatalkan pada bila-bila masa dalam tempoh langganan, dan Google juga akan menghantar e-mel perincian langganan.

Google AI Pro percuma pelajar_12

8. Jika sudah melengkapkan maklumat pembayaran, Google akan menunjukkan caj akan datang. Tekan butang “Subscribe“, kemudian klik “Go to Gemini Pro” dan selesai.

Google AI Pro percuma pelajar_13
Google AI Pro percuma pelajar_14
Google AI Pro percuma pelajar_15

Seperti dinyatakan, tawaran ini berakhir pada 9 Disember 2025. Bagi pelajar yang layak, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan akses percuma Google AI Pro selama setahun.

Berkaitan

  • Ini Had Penggunaan Gemini Untuk Akaun Percuma, Plus, Pro Dan Ultra
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Google Tambah Gemini AI Dalam Chrome
  • Google Lancar Pelan AI Plus Di Malaysia – Akses Gemini 2.5 Pro & 200GB Storan, Harga RM23.99 Sebulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY