Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google AI Plus

Google AI Plus Kini Dengan 400GB Storan

Diterbitkan Jun 9, 2026 ยท Dikemas kini Jun 9, 2026 oleh Amalina Athman

Google mengumumkan pelan Google AI Plus kini hadir dengan storan 400GB, dua kali ganda lebih besar berbanding 200GB sebelum ini.

Pada masa yang sama, Google turut mengumumkan penurunan harga Google AI Plus di beberapa pasaran daripada USD7.99 kepada USD4.99 sebulan. Harga baharu itu akan berkuat kuasa dengan pembaharuan langganan seterusnya.

Namun begitu, perubahan harga tersebut setakat ini tidak dilihat berlaku untuk pasaran Malaysia. Sebaliknya, pengguna tempatan hanya menerima peningkatan storan daripada 200GB kepada 400GB, dengan harga langganan kekal pada RM23.99 sebulan.

Google AI Plus_2

Sebagai rujukan, Google AI Plus menawarkan akses kepada pelbagai perkhidmatan Google AI termasuk Gemini, Flow dan NotebookLM serta ciri AI Inbox dalam Gmail. Ruang storan yang disediakan turut dikongsi antara Google Drive, Google Photos dan Gmail.

Berkaitan

  • Google AI Pro Kini Hadir Dengan 5TB Storan, Harga Kekal Sama
  • Google AI Pro Kini Sertakan YouTube Premium Lite Tanpa Caj Tambahan
  • Google AI Ultra Ditawarkan Dalam Dua Versi, Pelan Sedia Ada Kini Lebih Murah
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY