Google hari ini mengumumkan langganan Google AI Pro kini disertakan dengan 5TB storan.
Sebelum ini, pelanggan pelan berharga RM97.99/bulan ini hanya menerima 2TB storan. Dengan peningkatan ini, semua pengguna di seluruh dunia kini mendapat tambahan 3TB dengan harga kekal sama, tanpa kos tambahan. Storan ini boleh digunakan untuk Gmail, Google Drive dan sandaran Google Photos.
Selain ruang storan, pelan ini turut menawarkan akses kepada Google AI, termasuk aplikasi Gemini dengan had lebih tinggi untuk 3.1 Pro, Flow, NotebookLM, penjanaan video, serta integrasi Gemini dalam Gmail, Docs, Vids dan pelbagai lagi.

Untuk rujukan, terdapat tiga pelan Google AI yang boleh dilanggan iaitu Google AI Plus (RM23.99/bulan), Google AI Pro dan Google AI Ultra (RM1,229.90/bulan). Manakala pelan storan Google pula ditawarkan dalam empat pilihan: Percuma, Asas, Standard dan Premium.

{suggest}
