Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gemini Perkenal ‘Personal Intelligence’ – Akses Data Gmail, Search, Google Photos Untuk Jawapan Lebih Peribadi

Gemini Perkenal ‘Personal Intelligence’ – Akses Data Gmail, Search, Google Photos Untuk Jawapan Lebih Peribadi

Diterbitkan Januari 15, 2026 · Dikemas kini Januari 15, 2026 oleh Amalina Athman

Google memperkenalkan ciri baharu Gemini AI yang dinamakan Personal Intelligence, membolehkan bot sembang ini memberikan jawapan lebih diperibadikan menggunakan data daripada aplikasi seperti Gmail, Google Photos, YouTube dan Search.

Namun begitu, sambungan aplikasi dimatikan secara default dan memerlukan kebenaran pengguna terlebih dahulu.

Pengguna boleh memilih aplikasi mana yang mahu disambungkan dan boleh mematikannya pada bila-bila masa.

Apabila Personal Intelligence diaktifkan, Gemini bukan sekadar mencari maklumat umum di internet, tetapi juga boleh mendapatkan butiran khusus daripada e-mel, gambar dan sejarah carian untuk menjawab soalan dengan lebih tepat mengikut konteks peribadi pengguna.

Introducing Personal Intelligence. It's our answer to a top request: you can now personalize @GeminiApp by connecting your Google apps with a single tap. Launching as a beta in the U.S. for Pro/Ultra members, this marks our next step toward making Gemini more personal, proactive… pic.twitter.com/RsSSx2KF22

— Josh Woodward (@joshwoodward) January 14, 2026

Google menyatakan Personal Intelligence dibina dengan privasi sebagai keutamaan. Data daripada Gmail dan Google Photos tidak digunakan secara langsung untuk melatih model AI. Sebaliknya, ia hanya dirujuk untuk menjawab soalan pengguna.

Ketersediaan

Buat masa ini, Personal Intelligence dilancarkan dalam versi beta kepada pelanggan Google AI Pro dan AI Ultra di Amerika Syarikat untuk akaun peribadi. Google merancang untuk membawanya ke lebih banyak negara dan versi percuma pada masa hadapan. Ciri ini juga akan diperkenalkan untuk AI Mode dalam Google Search tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Google Perkenal Dua Ciri Baharu Dalam Gemini
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Google Kini Benarkan Pengguna Tukar Alamat Gmail
  • Google Kini Tawar Tiga Ciri AI Dalam Gmail Secara Percuma
  • Apple Pilih Model Gemini Untuk Kuasakan Apple Intelligence - Termasuk Siri Versi Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY