Google kini mula menawarkan akses kepada tiga ciri kecerdasan buatan (AI) dalam Gmail secara percuma.
Sebelum ini, untuk mendapatkan semua ciri AI dalam Gmail, pengguna perlu melanggan pelan seperti Google AI Plus, Google AI Ultra atau Google AI Pro. Kini, pengguna Gmail biasa bakal menikmati peningkatan besar dalam cara mengurus e-mel harian tanpa sebarang kos.
Antara ciri yang ditawarkan ialah Help Me Write, yang membolehkan pengguna memasukkan arahan dan menghasilkan draf e-mel secara automatik. Draf ini boleh disunting, diperbaiki atau terus dihantar.
Starting today in @Gmail, you can use Help Me Write to polish emails or draft them from scratch. There are also new Suggested Replies (an update to Smart Replies) which use the context of your conversation to offer relevant, one-click responses that match how you write.
Both of… pic.twitter.com/I7XKNZL6LW
— Google (@Google) January 8, 2026
Terdapat juga Suggested Replies baharu, kemas kini daripada Smart Replies, yang menggunakan konteks perbualan untuk mencadangkan respons satu klik yang relevan dan selari dengan gaya penulisan pengguna.
Ciri ketiga ialah AI Overviews, yang memaparkan ringkasan di bahagian atas perbualan e-mel yang panjang atau kompleks.
Also rolling out today to everyone at no cost: AI Overviews in @Gmail, giving you concise summaries of those loooooooong email chains.
For Google AI Pro and Ultra subscribers, AI Overviews will also be available when you search in Gmail using natural language — like “Who was… pic.twitter.com/kIckonMVtL
— Google (@Google) January 8, 2026
Ketiga-tiga ciri ini mula ditawarakan secara percuma kepada semua pengguna secara berperingkat.
Perubahan ini selari dengan pratonton Google untuk ciri baharu AI Inbox, yang dijangka tiba untuk pengguna berbayar dalam beberapa bulan akan datang.
.@Gmail’s new AI inbox filters out the clutter so you can focus on what’s most important. Think of it as a personalized TL;DR that will catch you up on what matters the most (like a bill due tomorrow) while keeping your data private and under your control.
We’re giving trusted… pic.twitter.com/6OshD49JLK
— Google (@Google) January 8, 2026
Paparan baharu ini akan muncul sebagai pilihan tambahan selain peti masuk tradisional, menawarkan ringkasan peribadi yang menonjolkan maklumat penting tanpa perlu membuka setiap mesej satu persatu.
{suggest}
