Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Google Kini Benarkan Pengguna Tukar Alamat Gmail

Posted on Disember 26, 2025Disember 26, 2025

Google akhirnya akan membenarkan pengguna menukar alamat e-mel walaupun ia berakhir dengan “@gmail.com”.

Sebelum ini, Google hanya membenarkan penukaran alamat e-mel akaun bagi pengguna yang menggunakan e-mel pihak ketiga, manakala pengguna dengan alamat “@gmail.com” tidak mempunyai pilihan untuk menukarnya. Namun, situasi ini nampaknya bakal berubah.

Menurut halaman sokongan Google, yang sebelum ini menyatakan bahawa penukaran biasanya tidak dibenarkan, kini menerangkan proses baharu.

Dengan perubahan ini, Google akan membenarkan pengguna menukar alamat emel “@gmail.com” sedia ada kepada alamat baharu dengan nama pengguna yang boleh diubah.

Sebagai contoh, alamat [email protected] boleh ditukar kepada nama yang lebih profesional seperti [email protected].

Selepas penukaran, alamat e-mel asal masih akan menerima emel di peti masuk yang sama seperti alamat baharu, dan boleh digunakan untuk log masuk. Data yang disimpan, termasuk foto, mesej dan e-mel, tidak akan terjejas.

Pengguna juga boleh menukar kembali kepada alamat e-mel asal pada bila-bila masa.

Namun, pengguna tidak dibenarkan membuat e-mel Google Account baharu yang berakhir dengan @gmail.com untuk tempoh 12 bulan seterusnya, serta tidak boleh memadam alamat e-mel baharu.

Google menjelaskan keupayaan menukar e-mel akaun Google sedang dilancarkan secara berperingkat, jadi pilihan ini mungkin belum tersedia kepada semua pengguna buat masa ini.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress