Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gemini Kini Boleh Jana Fail Terus Dalam ‘Chat’ – Termasuk PDF, Word, Excel

Gemini Kini Boleh Jana Fail Terus Dalam ‘Chat’ – Termasuk PDF, Word, Excel

Diterbitkan April 30, 2026 ยท Dikemas kini April 30, 2026 oleh Amalina Athman

Gemini kini menambah satu lagi keupayaan yang memudahkan aliran kerja harian, khususnya bagi pengguna yang kerap menghasilkan dokumen, helaian data atau pembentangan.

Melalui kemas kini terbaharu ini, pengguna boleh terus menjana pelbagai jenis fail hanya dengan menaip arahan dalam ruang sembang. Antaranya termasuk PDF, Microsoft Word dan Excel, Google Docs, Sheets dan Slides.

Dengan kata lain, proses daripada idea awal hingga menjadi fail lengkap kini boleh dilakukan tanpa perlu keluar daripada aplikasi Gemini.

Gemini generate file_1
Gemini generate file_2

Perubahan ini juga mengurangkan keperluan untuk menyalin dan memformat semula kandungan secara manual. Sebagai contoh, cadangan bajet boleh terus dieksport sebagai fail Microsoft Excel (.xlsx), idea kasar boleh disusun menjadi draf teratur, manakala perbincangan panjang boleh diringkaskan menjadi dokumen PDF atau Word (.docx).

Untuk kebanyakan format, fail yang dijana boleh dimuat turun terus ke peranti atau eksport ke Google Drive. Antara format yang disokong termasuk Docs, Sheets, Slides, .pdf, .docx, .xlsx, .csv, LaTeX, TXT, Rich Text Format (RTF) dan Markdown (MD).

You can now ask Gemini to create Docs, Sheets, Slides, PDFs, and more directly in your chat. No more copying, pasting, or reformatting, just prompt and download.

Available globally for all @GeminiApp users. pic.twitter.com/VuhlvehFuU

— Sundar Pichai (@sundarpichai) April 29, 2026

Ciri ini kini tersedia kepada semua pengguna Gemini di seluruh dunia. Pengguna hanya perlu menyatakan jenis fail yang ingin dihasilkan, dan Gemini akan menjananya secara terus dalam perbualan.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Google Perkenal Carian Sebelah-Menyebelah Dengan AI Mode Dalam Chrome
  • Gemini Dalam Chrome Kini Ditawarkan Di Malaysia
  • Google Lancar Ciri Anti-Penipuan Dipertingkat Untuk Pengguna Android Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY