Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vapor chamber rumors iphone 17 (2)

Imej Tertiris Perlihat Komponen Didakwa Sistem ‘Vapor Chamber’ iPhone 17 Pro

Diterbitkan Jun 23, 2025 · Dikemas kini Jun 23, 2025 oleh Amalina Athman

Spekulasi mengenai iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max yang bakal hadir dengan sistem penyejukan ‘vapor chamber’ sudah mula diperkatakan sejak awal tahun ini.

Terbaru, peniris Majin Bu berkongsi imej yang didakwa sebagai plat thermal yang digunakan untuk sistem penyejukan berkenaan.

Menariknya, maklumat reka bentuk awal menunjukkan vapor chamber ini mempunyai sambungan thermal ke bahagian modul kamera, yang berfungsi sebagai laluan tambahan untuk mengalirkan haba ke bahagian belakang peranti dan struktur bingkai.

iPhone 17 vapor chamber

Walaupun laporan itu mendakwa maklumat tersebut diperoleh daripada “sumber dalaman”, ia turut memaklumkan bahawa reka bentuk sistem ini masih dalam proses penambahbaikan dan berdepan beberapan cabaran teknikal.

Sebagai perbandingan, kebanyakan peranti Android kelas andalan seperti Samsung Galaxy S25 Ultra sudah pun dilengkapi dengan sistem penyejukan vapor chamber, yang terbukti lebih berkesan menguruskan haba berbanding penggunaan helaian grafit seperti yang terdapat pada iPhone ketika ini.

Jika khabar ini benar, iPhone 17 Pro bakal menjadi model iPhone pertama yang hadir dengan sistem penyejukan vapor chamber. 

Seperti dinyatakan MacRumors, Majin Bu mempunyai rekod bercampur-campur apabila berkaitan dengan khabar angin Apple. Beliau dengan tepat membocorkan maklumat bahawa iPadOS 26 akan memperkenalkan bar menu seperti Mac untuk iPad. Namun, beliau juga pernah tersilap apabila mendakwa iOS 26 akan membawa ciri Stage Manager ke iPhone yang menggunakan port USB-C.

Setakat ini, masih belum dapat dipastikan sama ada komponen yang dikongsikan itu benar-benar berkaitan dengan iPhone 17 Pro, yang dijangka akan diumumkan oleh Apple sekitar September nanti.

Berkaitan

  • Kuo: Sekurang-Kurangnya Tiga Model iPhone 17 Akan Dilengkapi 12GB RAM
  • iOS 26 Akhirnya Benarkan Pengguna Ubah Tempoh 'Snooze Alarm' iPhone
  • Tak Perlu GarageBand, iOS 26 Akhirnya Mudahkan Pengguna Tetap Nada Dering Sendiri
  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY