Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 17 Pro_Asherdipps

Kuo: Sekurang-Kurangnya Tiga Model iPhone 17 Akan Dilengkapi 12GB RAM

Diterbitkan April 25, 2025 ยท Dikemas kini April 25, 2025 oleh Amalina Athman

Sekurang-kurangnya tiga model dalam siri iPhone 17 akan hadir dengan 12GB RAM, menurut penganalisis Apple Ming-Chi Kuo.

Dalam satu hantaran terbaru, Kuo menjangkakan iPhone 17 Air, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max akan dilengkapi 12GB RAM. Sebelum ini, Kuo berpendapat kapasiti RAM sebesar itu hanya eksklusif untuk model paling premium, iaitu iPhone 17 Pro Max.

Menariknya, Kuo tidak menolak kemungkinan sekiranya model asas iPhone 17 turut menerima peningkatan RAM kepada 12GB – tetapi hanya jika isu kekurangan bekalan dapat diatasi.

Katanya, Apple dijangka memuktamadkan penilaian dan membuat keputusan mengenai kapasiti RAM yang akan ditawarkan untuk peranti itu menjelang Mei depan.

Walaupun model asas iPhone 17 kekal dengan 8GB RAM, Kuo menjangkakan semua model dalam barisan iPhone 18 akan hadir dengan 12GB RAM.

Dalam pada itu, beliau turut berkata peningkatan kapasiti RAM ini bakal memberi manfaat kepada pembekal utama Apple, iaitu Micron dan SK Hynix.

Berkaitan

  • Hanya iPhone 17 Pro Max Dilaporkan Akan Dilengkapi Dengan 12GB RAM
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Sekurang-kurangnya Satu Model iPhone 17 Akan Dilengkapi Sistem Penyejukan 'Vapor Chamber'
  • Gurman: iPhone 17 Pro Dijangka Tidak Menampilkan Perubahan Ketara Pada Rekaan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY