Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Firma Jepun Dan UK Rancang Bina Pusat Data Terapung Pertama Di Dunia

Firma Jepun Dan UK Rancang Bina Pusat Data Terapung Pertama Di Dunia

Diterbitkan Julai 8, 2025 · Dikemas kini Julai 8, 2025 oleh ariff bukhari

Mitsui O.S.K. Lines, Ltd. (MOL), syarikat perkapalan global dari Jepun telah menandatangani MoU dengan Kinetics, unit peralihan tenaga Karpowership berpangkalan di UK untuk bersama membangunkan platform pusat data terapung pertama di dunia dengan sasaran beroperasi pada 2027.

Projek inovatif ini akan mengubah kapal terpakai menjadi pusat data lepas pantai yang dikuasakan oleh tenaga lestari dari Powerships (loji kuasa terapung) yang boleh diintegrasikan dengan grid darat, solar, atau ladang angin mengikut lokasi.

Spesifikasi bagi kapal yang akan dijadikan pusat data itu pula ditetapkan mempunyai kepanjangan keseluruhan (LOA) 120 meter.

Firma Jepun Dan UK Rancang Bina Pusat Data Terapung Pertama Di Dunia

Berbeza dengan pusat data di daratan, pusat data terapung ini memberikan beberapa kelebihan seperti bebas daripada bebanan grid elektrik tempatan, tiada pembelian tanah di kawasan bandar, boleh dipindahkan mengikut permintaan atau beroperasi semasa bergerak serta dapat disiapkan hanya dalam setahun berbanding tiga tahun untuk pembinaan pusat data di darat.

Projek ini juga dapat menjimatkan kos dan mesra alam dengan mengitar semula kapal dan bahan binaan sedia ada sekali gus mengurangkan pelepasan CO₂.

Malah sistem penyejukan pusat data itu juga menggunakan air terus dari air laut atau air sungai.

MOL akan membawakan kepakaran mereka dalam bidang maritim manakala Kinetics pula menyediakan pengalaman tenaga terapung, menjadikan ia penyelesaian mudah alih, cepat, hijau, dan berdaya tahan bagi memenuhi permintaan pusat data global yang semakin meningkat.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Alibaba Cloud Buka Pusat Data Ketiga Di Malaysia
  • Tinjauan Dedah 5 Punca Utama Pengguna iPhone Memandang Rendah Telefon Android

Sumber: Mitsui O.S.K. Lines

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY