Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Alibaba Cloud pusat data Malaysia_

Alibaba Cloud Buka Pusat Data Ketiga Di Malaysia

Diterbitkan Julai 2, 2025 oleh Amalina Athman

Alibaba Cloud, syarikat pengkomputeran awan di bawah Alibaba Group, mengumumkan pembukaan pusat data ketiganya di Malaysia pada 1 Julai 2025.

Menurut Alibaba Cloud, penambahan pusat data ini bertujuan memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan awan dan kecerdasan buatan (AI) di rantau Asia Tenggara.

Alibaba Cloud pusat data Malaysia_2

Selain Malaysia, syarikat itu turut merancang untuk membuka pusat data keduanya di Filipina pada Oktober tahun ini.

Penambahan ini merupakan kesinambungan kepada pelaburan infrastruktur Alibaba Cloud yang telah diumumkan lebih awal di Thailand, Mexico dan Korea Selatan pada separuh pertama 2025.

Dengan rangkaian pusat data yang semakin meluas, Alibaba Cloud menyatakan pihaknya yakin dapat memenuhi permintaan global terhadap perkhidmatan awan yang selamat, stabil dan boleh diskalakan, seiring peningkatan penggunaan AI di pelbagai industri.

Berkaitan

  • Microsoft Pilih Johor Untuk Pembangunan Pusat Data Kedua
  • Google Akan Bangun Pusat Data Besar Di Malaysia – Port Dickson Jadi Tumpuan Baharu
  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY