Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PC GAME PASS JUNE 2022

Fifa 22 Kini Di Xbox PC Game Pass

Diterbitkan Jun 24, 2022 · Dikemas kini Jun 24, 2022 oleh Firdaus

Bulan Jun ini makin menghampiri hujungnya dan begitu juga dengan Microsoft yang telah memperbaharui PC Game Pass dengan pelbagai permainan video yang menarik untuk anda cuba.

Fifa 22 Kini Di Xbox PC Game Pass

Apa yang menarik pada PC Game Pass kali ini adalah Microsoft menawarkan Fifa 22 untuk pengguna bermain secara percuma. Di samping itu, Naraka: Bladepoint juga ditawarkan dalam Game Pass ini.

Fifa 22 Kini Di Xbox PC Game Pass

Jika anda mempunyai PC Game Pass, kedua-dua permainan video tersebut sudah boleh diakses oleh anda ketika artikel ini ditulis. Untuk bulan Julai depan, Microsoft akan menambah permainan video Far Cry 5 dan Teenage Mutant Ninja Turtles: Shredder’s Revenge.

Teenage Mutant Ninja Turtles: Shredder’s Revenge merupakan sebuah permainan video baharu dengan grafik dan corak permainan menatal sisi (side scrolling) untuk bermain.

Fifa 22 Kini Di Xbox PC Game Pass

Shredder’s Revenge dibangunkan sebagai satu penghormatan kepada permainan TMNT yang terdahulu seperti Turtle In Time. Tambahan lagi, PC Game Pass daripada Microsoft ini juga menawarkan ratusan permainan video yang berkualiti, menarik dan percuma untuk anda akses selain daripada yang dinyatakan di atas.

PC Game Pass

PC Game Pass ini boleh dibeli oleh pada harga RM15 sahaja sebulan tetapi sekiranya anda adalah pengguna buat pertama kali, anda layak untuk mendapatkan harga istimewa yang berharga RM5 untuk bulan pertama.

Sumber: Siaran Akhbar Microsoft

Baca juga:

  • Ini 5 ‘Game’ Android Percuma Dengan Penggunaan Grafik Paling Tinggi
  • Ini 4 ‘Game Mobile’ Di Play Store Yang Telah Dimuat Turun Lebih 1 Bilion Kali
  • Honor of Kings Bakal Dilancarkan Secara Global Tidak Lama Lagi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY