Honor of Kings diumumkan bakal dilancarkan secara global untuk semua pemain di luar China tidak lama lagi. Berita tersebut diumumkan oleh pembangunnya – Level Infinite dalam ciapannya di Twitter.
We have great news! We will be rolling out Honor of Kings by TiMi Studio Group to you global gamers by the end of this year!
Rounds of closed beta tests will be gradually announced starting next month.
Please be patient and stay tuned for more updates! pic.twitter.com/T8ZN1ZLM8Y
— Level Infinite (@LevelInfinite) June 7, 2022
Honor of Kings merupakan permainan mudah alih MOBA (multiplayer online battle arena) paling relevan, terkenal dan banyak dimainkan di China. Tambahan lagi, HoK telah berjaya mengutip lebih kurang USD13 bilion (~RM57 bilion) sejak pertama kali dilancarkan pada 2015.
Honor of Kings sentiasa kekal ditangga pertama dalam permainan mudah alih yang mencatatkan kutipan tertinggi dalam transaksi kewangan.
Sama seperti Arena of Valor, ia merupakan versi Barat bagi HoK yang dilancarkan pada 2017. Berbanding AoV, Honor of Kings menawarkan karakter berasaskan mitologi China yang boleh dipilih oleh pemain untuk membina pasukan dan bertarung dengan pasukan lawan.
Selain itu, HoK mempunyai ciri integrasi perbualan pada aplikasi sosial popular seperti Wechat dan QQ di China. Oleh itu, mungkin versi global yang akan dilancarkan ini akan menggantikan aplikasi sosial tersebut dengan WhatsApp, Messenger daripada Facebook ataupun Telegram.
Honor of Kings dibangunkan oleh TiMi Studio Group dan telah diterbitkan melalui Tencent. Melalui pelancaran global ini, kedua-dua syarikat tersebut mahu melebarkan sayap HoK kepada pemain diserata dunia.
Menurut pembangunnya, ujian beta akan ditawarkan bermula bulan hadapan. Sementara, pelancaran rasmi dikatakan sekitar penghujung tahun 2022.
Sumber: The Verge
Baca juga: